Showing posts with label instagram. Show all posts
Showing posts with label instagram. Show all posts

Thursday, 5 September 2013

Don't Sweat The Small Stuff

Hye. Tajuk tak boleh blah nak gempak je. Sebenarnya tu tajuk buku aku tengah baca sekarang ni.
Bagus juga lah buku ni untuk orang yang macam aku, jenis yang benda kecik-kecik pun nak fikir sampai beberapa hari. 
Padahal tak payah pun tak apa, tapi sebab dah train kepala macam tu, sampai kadang-kadang rasa penat nya nak fikir benda remeh temeh, 
kalau tak fikir takut jadi lain pulak.
Haa tu laa bila baca buku ni, macam membantu lah juga. So lepas ni, fikir benda yang penting je, 
yang tak penting kita letak tepi je dulu. 
Sekarang tengah tak sabar untuk menghantar surat. Surat apa? jeng jeng jeng, nanti dah hantar baru kita cerita ok :) 
its kinda big decision for me sebenarnya, tapi takpe kalau tak cuba kita tak tahu masa depan kita macam mana kan. 
Kena buka minda dan terus maju kehadapan, wah gituu hahaha.

By the way korang perasan tak yang semakin kita berusia, semakin cepat kita rasa masa tu berlalu, ini dah bulan September, 
lagi 3 bulan dah nak masuk tahun 2014, kejap je dah setahun, masih banyak benda yang belum capai lagi tahun ni. tapi tak apa, 
kita jangan tengok apa yang kita tak dapat lagi, kita cherish apa yang kita dah berjaya capai. 
Untuk hidup yang lebih bermakna. hehe 

Harapnya dengan keputusan yang aku ambil hari ini, akan membawa keluarga kecil kami ke tahap yang lebih tinggi daripada sekarang, 
Aku yakin we can do it & Allah is there to help us go through all the obstacles . 
Insya Allah. Dan angan-angan aku untuk travel the world masih belum hilang lagi, 
cuma sekarang ni aku kena fikir macam mana nak pujuk suami aku untuk turut serta, 
ye lah kalau dia taknak, harapan laa aku nak dapat pergi kan hahaha. ( doa banyak-banyak supaya Sallihin setuju ) . hehe.

Recently on my instagram

Blackberry
Ini blackberry MIL tanam dekat tepi rumah. rasanya yang ni belom
 masak sangat lagi, kalau dah betul2 ripe dia jadi warna hitam lah hehehe
Manggis
Manggis ! memang ubat batuk yang berkesan haha 
01.09.2013 , family menghantar Amalina ke Terengganu
 untuk further study di UMT.
All the best Amalina 
Satu je aku harap TYPO ni ada bukak lah cawangan dia dekat JB ni.
Practice make perfect orang kata.
Dah setahun kawin, baru berkeyakinan nak masak kan
untuk family. :) 
Overall,syukur alhamdulillah.
Harap hari-hari anda juga indah insya allah . 
Jangan lupa spend more time dengan family, cherish all the small stuff in life. 

Thursday, 1 March 2012

Online instagram

Assalamualaikum. Ok harini aku nak share dengan korang macam mana kita nak tengok gambar Instagram daripada web je, ye lah kot-kot 1 day tu korang lupa nak bawak telepon ke apa kan. tapi jiwa meronta-ronta nak tengok gambar kat instagram. No worries, ada banyak website korang boleh pergi, yang boleh grab gambar korang from instagram dan paparkan dekat web. Paparkan tu display lah. haha.Ada banyak sebenarnye, tapi aku just tunjuk kan 5 je lah ok. Takkan korang nak guna semua ye tak. ehe

Extagram 

Followgram
Pictarine

Gramfeed
Webstagram
Ok sekian sahaja daripada saya. Happy March. ! skang dah boleh view gambar instagram daripada web. My personal favourite is pictarine dengan webstagram je. Pictarine ni dia boleh grab gambar korang daripada pelbagai picture source contohnya macam flikr , instagram ( obviously) , picasa , photobucket dan lain-lain lagi. senang macam 1 stop center. Ok dah itu sahaja.

pergh aku bengang gila bila ada orang yang menyusahkan hidup aku . Dah lah penguin ni annoying gila ! grrr. Nak tukar tempat kerja boleh? ekekke

Tuesday, 28 February 2012

Assalamualaikum semua. hye hari rabu. amboi dah nak akhir bulan baru nak rajin update blog kan. nak buat camne, bz dengan kerja katanya hahaa, padahal memang malas pun. Aritu pun update gambar tak berapa  nak jelas, aku malas betul nak tukar gambar baru, tapi takpe lah kan.

Ok lah disini. mari aku nak cerita sedikit apa yang aku rajin buat sekarang. Time dulu masa aku guna iPhone 3gs, memang setiap masa akan update gambar kat Instagram,biasalah jakun memang macam ni hahaa.tapi lepas dah tak guna, terbehenti kejap aktiviti instragaming aku. selepas setahun dapat guna iPad, maka semangat lah ni install instagram, amik gamba pakai ipad gabak-gabak tuh , pergh memang batak. Tapi kini tidak lagi setelah saya bejaya menggunakan iPhone4s ewah ( sebeanrnye memang nak bagitahu dah guna iPhoen 4s) amacam tekejut tak? hahah belagak nye awak ni. ouch! Ok cerita sebenarnya ialah, lepas dah guna iPhone balik, makin rajin lah aku mengupdate gambar dekat instagram, sikit-sikit amik gambar edit upload, begitu lah ceritanya.

Kompilasi ( wow macam nama album -kompilasi mega max 14) hahah


Tapi kalau upload je camtu tak syok jugak kan, maka aku pun google2 lah kot2 ada pertandingan ke apa kan. Secara tiba-tiba ( ewah) aku jumpa satu hastag ni dekat instagram #febphotoaday. ok ini macam menarik, search dengan lebih mendalam, ok dah jumpa dah siapa yang mereka cipta hashtag ini . it's fatmumslim  ini blog dia, check out her instagram (@fatmumslim) rupanye, seorang blogger daripada australia,dia buat mende macam setiap bulan punya entry lah kan, setiap hari dalam bulan tuh akan ada satu tajuk untuk kita post contohnya macam harini 28 haribulan kan, so tema ialah #money . nanti korang snap gambar , pastu upload kat instagram dan sertakan hashtag #febphotoaday, dia takde apa pun , just for fun je kau dapat tengok gambar daripada perspektif yang berlainan tapi dengan tema yang sama.

Pic taken from : fatmumslim's blog 
                        

Bulan february dah habis, maka ada March photo a day pulak #marchphotoaday pulak jeng jeng jeng. Korang boleh check it out at fatmumslim's blog for more details k

Pic taken from : fatmumslim's blog 
Have fun being creative with all the #hashtag & theme. :) Ok kepada sesiapa yang nak install Instagram boleh pergi ke appstore then click Instagram - it's free and fun ! Ada banyak filter korang boleh guna, tayah sesusah edit gambar kat adobe photoshop ehe.Nanti bila aku rajin aku update pasal filter-filter yang dia ada ok. :) 



Tuesday, 17 January 2012

Page 17 of 366

Assalamualaikum. Dedulu aku tak tau pun amende page 17 lah page 8 lah. pastuh bila dihayati, baru lah faham, punya lah #slowpork gila hahaha. So dah 17 hari dalam tahun baru omputih, amacam? dah tercapai apa-apa azam ke? hehee. AKU DAH CAPAI 1 - punya lah belagak ni, padahal aku takda azam pun. Sama je tetiap tahun, cuma nak jadi lebih baik & tak banyak buang masa je lah kan.

Maka pada hari ke 17 tahun 2012, aku dah tak gigit kuku lagi. WOW amazing ! ye lah aku ni habit gigit kuku, tak kira lah tengah tension ke, gembira ke, sedih ke, mesti nak gigit. padahal takde lah hilang kemana perasaan tu, kuku makin tak cantik adalah.pastu aku sedar bahawasanya, perlu menjaga kebersihan dan of course kecantikan kuku .Dedulu aku dah nak stop dah habit ni tapi tetiba je jari dah kat mulut.

Macam mana aku buang habit ni? haha aku pegi manjakan diri dengan membuat manicure , sebab bila dah buat manicure kan kuku jadi cantik, licin je, pastu kalau boleh pegi yang mahal punya, so bila nak gigit tu, kau terfikir : " eh mahal ni aku buat manicure. takkan nak rosakkan ! *kiasu mode on* " haha. tapi itu cara aku , nampak nye berkesan jugak ni. Hopefully kuku akan akan sihat selepas ni dan jadi cantik macma kuku korang di luar sana. Awas! hahaha

Dan alhamdulillah tahun 2012 banyak beri kezutann kat iolls. Baru masuk 17 hari tahun baru dah ada kejutan bagai kan. Aku pun tak sangka, macam cerita dalam novel ada juga, tak pernh terfikir akan ada hari macam sekarang ni dalam hidup aku. Excited pun ya, takut & bedebar-debar pun ada juga, harap semuanya die permudahkan dan diberkati oleh Allah . Insya Allah. Amende berita tekejut itu? ekkeek nanti dah confirm baru lah aku story mory dekat sini ok. Konon-konon nak suprise lah. Padahal, takde sapa kisah ok amy. Kamon lah . Betullah orang kaa, kita tatau apa Allah dah tentukan untuk kita pada masa hadapan. Syukur syukur.

Dah ready nak raya cina? Ah aku bedebar-debar ni, nk tunggu 22 January pun berdebar ekeke. Aww menyampah tau.ok tu je. terimalah beberapa keping gambar yang aku amik dari instagram aku sendiri. Harap maklum ekekke.


Kalau rajin boleh follow instagram aku : kezitikus & twitter : aimiClans  < nama taknak kalah kau haha.