Tuesday 23 June 2009

• Beijing 11.06.09 •

Ok jom ikut kiteorang xplore Beijing some more. Pada hari kedua  kami disini, Ah Hua telah membawa kami ke beberapa tempat yang menarik, but mostly tempat yang memang nak habiskan duit kiteorang. Haha



Proses mengukir jade berbentuk bola-bola api


Seawal jam 9 pagi kami bertolak ke Beijing Banner Jadeware City, ok obviously tengok nama tempat pun tau ni adalah tempat jual Jade kan, kat sini kite leh tengok macam mana Jade dihasilkan. Untuk pengetahuan semua, jade hanya boleh dibuat dan diukir oleh lelaki sahaja, pekerja perempuan boleh polish jade tuh sahaja. Jade ni terbahagi kepada dua iaitu Soft Jade (nephrite) dan Hard jade (jadeite).Harga-harga jade ni tertakluk pada gred dan warna jade tersebut. Kalau putih lagik mahal, kalau dah hijau murah sket. camtuh la. sebab kalau kita beli yang warna putih, lelama nanti color die akan berubah jadik hijau. Extra info dari sudut Feng Shui, kalau sesapa yang beli jade berbentuk KOBIS BUNGA make sure kalau time letak kat rumah, bahagian yang banyak daun tuh menghadap pintu rumah, yang akar die ngadap dalam rumah. For more info pasal jade ni boleh pergi ke bonajade untuk keterangan lanjut tentang Jade.



Jade symbolizes beauty, nobility, perfection, constancy, power, and immortality in Chinese culture.

Lepas puas tengok Jade, kami dibawa ke kedai crystal pula. Ni lagik laa pening kepala tengok, crystal bersinar-sinar. Macam-macam bentuk aksesori ada, dari cincin,kepada brooch. Memang si Ah Hua ni nak suh kiteorang pokai duk kat beijing nie. :roll: kat sini takde la beli pape, just rantai je untuk adik-adik. Then amik gamba sini sana.



Proses membuat pasu atau cloissone



Bergambar dengan patung-patung askar di luar Golden Palace


Dah pening tengok crystal, makan time. yeah kali ni ah Hua bawak g tempat makan yang berdekatan dengan greatwall, restoren ini juga merupakan kedai atau kilang yang membuat Cloissone , ia sejenis enamelware or macam pasu-pasu china yang kite slalu tengok tuh. Telah wujud di Beijing pada dinasti Yuan. Cloissone ni melambangkan pangkat dan status bagi sesebuah keluarga di China. ( Kepercayaan mereka la kan ). Tapi Ah hua dah pesan awal-awal, jangan beli barang kat sini,sebab harganya agak mahal. Kat pasar boleh dapat lagi murah.tapi sesapa yang nak beli gak boleh je. Makanan kat restoren ni plak not bad, dan bagi kami yang beragama Islam, ada ruang khas untuk makan, iaitu ditingkat atas skali, dimana disediakan surau bagi kemudahan para pengunjung. Golden Palace nama tempat dia.



The Greatwall Of China


Destinasi seterusnya, lepas makan tengah hari, kami telah dibawa ke The Greatwall Of China, yaa~ tak sabar nak daki tangga yang beribu dan kecik-kecik tuh, tujuan utama nak sampai ke  menara terakhir, sebab nak beli plague yang boleh tulis nama bukti dah naik ke tembok besar china macam angah dan ateh buat dulu 8 tahun lepas. Tapi, haha tayah susah-susah, kat pintu masuk pun dah jual dah bende tuh. Ok naik sampai menara pertama je. Penat sampai nak tercabut kepala lutut. Biasalah stamina ciput ahhaha. Sape yang sampai atas tuh tahniah :cry: view di atas adalah berbeza dengan yang time nak daki tuh.



Greatwall ni wujud pada zaman dinasti Qin, ianya dibina untuk menghalang musuh untuk menyerang China pada ketika itu, exspeacilly serangan daripada orang mongolia. Semasa proses membina tembok besar China ini ramai rakyat yang pergi membinanya telah terbunuh. Lebih kurang 2-3 million orang yang terbunuh. Kalau yang pergi bekerja tuh ada 1000 orang, hanya lebih kurang 50 orang je yang selamat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing. :???: Kami masuk ke Greatwall melalui pass Ju Yong Guan atau lebih dikenali dengan nama tempat BADALING ( bukan petaling yer ).



"North Pass" of Juyongguan pass, known as the Badaling. When used by the Chinese to protect their land, this section of the wall has had many guards to defend China’s capital Beijing. Made of stone and bricks from the hills, this portion of the Great Wall is 7.8 meters (25.6 ft) high and 5 meters (16.4 ft) wide." Untuk Maklumat Lebih Pegi Sini The GreatWall Of China


Stakat 1st tower je mampu nak daki.hahah maintain2 senyum


Lama gak la lepak di Greatwall,cuaca pada masa tuh panas tapi berangin. Ok la takde la rasa nak pengsan sebab panas sangat. Tapi pengsan sebab penat sangat haha. Sesapa yang nak daki tangga Greatwall berhati-hati sebab tangga die tak sekata. Time nak turun pun seriau. Ade yang tinggi ada yang rendah.Bukan macam tangga kat soping complex ke apa,kaki kene angkat sampai ke pinggang untuk naik anak tangga seterusnya. Imagine-imagine. Then ada gak sesetengah greatwall yang dah rosak dan tak dipelihara, batu-batu dia orang amik buat rumah.



Kami before mendaki.Muka semua berseri


Selepas ke Greatwall, smua muka penat, tapi jalan tetap jalan. Next destination adalah Kilang Ubat atau Beijing Medicine Centre, disini ada diterangkan tentang ubat-ubatan yang bagus seluruh china. Contoh ubat krim untuk kesan kulit terbakar. Orang tuh siap buat demo pegang besi panas, then lepas sapu ubat tuh takde kesan parut pape. Tere? tapi bukan slalu pun orang terbakar kan. aku tak beli pun, sebab kat rumah ada lagik ubat tuh tak pakai. Gile lama kan. Ada lagik ubat-ubat lain seperti ubat resdung dan minyak pelbagai guna. Kebanyakkan pekerja di kilang-kilang yang kami pergi semua boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, ada juga yang boleh bertutur guna bahasa melayu. So tayah risau kalau ade banyak soalan nak tanye.



Di Dr Tea Tea House, kembung minum teh cina.


Lepas dah tengok show tangan terbakar, kami dibawa ke Dr Tea , dimana kami telah diperkenalkan kepada beberapa jenis teh china yang glamour di sana. Minum free, tapi biasa la teh cina smua sama je tawar. Bau je yang berbeza. Setiap kali pegi makan pun ada serve teh cina, air lain memang takde, kalau nak air masak or ais kosong, kene mintak, tuh pun nasib la kalau kedai tuh ade sediakan mineral water. Teh cina ni walaupun tawar, tapi die ada banyak kebaikan, antaranya boleh menghindarkan toksin yang ada dalam badan.Boleh melancarkan perjalanan darah, baik untuk kulit, mengurangkan rasa stress, bagus untuk insomnia ( teh dacampur dengan madu ), good for digestion,help to restore energy dan banyak lagi. Sesapa yang suka minum teh cina tuh teruskan ye.Ada beberapa jenis Teh Cina yang diperkenalkan iaitu White Tea,Golden Green Tea ( Slimming tea ) , Oriental Beauty ( The King Of Oolong Tea ), Jasmine Tea, Litchi Tea ( Black Tea ) dan juga Ginseng. Semua diberi rasa percuma. Buat on the spot, panas gile. Last bile dah kasik minum tuh mesti la ada barang yang kene beli kan. ehe harga die takde la mahal dalam 120 yuan sebalang kecik tuh.kalau yang besar 200 yuan, boleh gune bertahun, sebab daun teh ni boleh guna berkali-kali bile dah direndam dalam air.


Okeh itu destinasi terakhir kami pada hari kedua, on the way balik ke hotel, pegi makan malam dulu. Malam pulak, kuar beramai-ramai jelajah sekitar hotel lagi. Di sekitar jalan, para penduduk akan membawa anjing-anjing peliharaan mereka yang cumel-cumel kecik-kecik jenjalan, so hati-hati supaya tak tersalah pegang walau ingat anjing tuh teddy bear.



Aktiviti terakhir, jalan-jalan sekitar hotel. Ada KFC. tapi ni singgah amik gambar je, selepas penat lari lintas jalan sebab takut kene langgar dengan basikal, dan juga lari belakang kereta sebab takut anjing comel kejar.


Kiteorang g makan KFC ke tak? nak tau? tunggu update seterusnya pada hari ketiga.empat dan seterusnya. Esok cite pasal kami ke Peking University and Embassy of Malaysia plak k.

2 comments:

  1. QqNHvX dpcivkiiaatc, [url=http://mgalozfczsqm.com/]mgalozfczsqm[/url], [link=http://hngpayplexss.com/]hngpayplexss[/link], http://fysoxvdbvvaf.com/

    ReplyDelete
  2. Ormb0s mkagoajnijkx, [url=http://cngcwvgmwqtz.com/]cngcwvgmwqtz[/url], [link=http://lzrzcjvxxjkm.com/]lzrzcjvxxjkm[/link], http://nxjhqpnqcfqg.com/

    ReplyDelete