Saturday 7 January 2012

Meluncur salji di Beijing

Tadaaa pergh  tajuk macam best je ski ski kan, tapi memang pergi skiing pun. Walaupun time kiteorang pergi Beijing tu salji belum turun lagi.Ada satu tempat ni nama die Badaling Ski Resort, kat sini kita boleh sewa peralatan untuk  nak main ski ni, cuma snow dia artificial. But still macam betul jugak lah & tempat dia luas. Kalau korang pergi time disember ke Beijing, mesti ada tempat ni dalam itenary korang. Selalunya akan pergi selepas singgah ke Great Wall of China.

Ok dah nak sampai selepas sesat beberapa minit.

Perjalanan nak ke badaling ni memang jauh sikit daripada bandar Beijing, macam dah keluar dari bandar dan masuk ke kawasan perkampungan.Kat badaling ni ada jalan nak masuk great wall juga ni glamour dengan Great Wall of course. Msa pergi musim sejuk, so pokok-pokok kat sepanjang perjalanan semua kering dah.

In front of the ski resort

Time ni baru jam 5pm, dah gelap dah

Dekat sini, kornag jangan risau kalau tak pakai attire yang betul sebab semua boleh sewa, tapi kalau dah ada tuh tayah lah kan. Nak sewa pakaian kene bayar lain, sewa equipment nak ski bayar lain. Sewa equipment die RMB160 lebih kurang RM80.Tak kisah nak main berapa jam pun, tapi jam 5pm dah tutup tempat ski ni sebab dah malam.  Ok sebelum aku tulis beberapa tips yang korang perlu tahu sebelum sampai kat sana. meh la cuci mata tengok gambar adik-adik aku dulu k. aku ni tukang amik gambo je.

Posing dulu sebelum jatuh tegolek

nak pakai mende alah ski ni pun susah jugak sebenarnye kalau dieorang adjust tak betul size

practice dulu kat bawah

lalu kat escalator ni untuk naik kat atas bukit

Muka excited nak meluncur salji

yeahhh dari atas turun bawah laju bukan main.

tahniah,jatuh pun sempat senyum

Ok dah gedebuk-gedebuk sorang-sorang jatuh sambil telanggar orang sana-sini. Ni aku tulis sikit tips sebelum korang sampai sana.

1. Sesampai je korang kat resort tuh, masuk je pintu utama, korang akan di greet oleh sekumpulan jurulatih pakai winter jacket merah, kebanyakkan nya tulis russia kat winter jacket dieorang,memang begaya, tapi jangan tertipu dengan kekacakan mereka ala-ala pelakon korea. Dieorang ni sebenarnya jurulatih, but of course not for free, time dia tarik-tarik tangan korang, die akan cakap nak tolong korang, tapi tak bitau harga. Maka kalau kita mintak dia tolong, nanti last-last dia akan mintak duit ngan kita. Kalau ada 2 orang tolong, 2-2 kena bayar harga berlainan.

2. Make sure bila korang dah dapat equipment untuk ski, korrang tak  tinggal kan sepah-sepah, conoth macam pemegang die tuh, walau tengah pakai kasut ke apa, jangan terlepas pandang, sebab kekadang dieorang akan amik equipment tuh, pastu bila ilang dia akan suh lah kita bayar. Konon-konon macam kita hilangkan tapi sebenarnya dieornag yang amik.

3. Kalau tengah-tengah main ski tuh korang jatuh tegolek, kalau boleh bangun sendiri bangun lah sendiri . Kot-kot kalau abang-abng baju merah ni tolong korang dia mintak duit pulak. Ye aku pun tak pasti dieorang tolong ikhlas ke tak, tapi berhati-hati lah kan tempat orang katanya.

Ok itu je tips yang korang kene tau kat ski resort Badaling ni, kalau agak2 korang ada masa lebih boleh la pergi ke Harbin, dengar cerita  sana winter time lagi seronok . Ye lah siap ada ice festival semua.

Last but not least. ewah 

Dapat begambo dengan ski set ni pun jadilah kan hahaha 





2 comments:

  1. wow bestnya dapat main salji kat situ..belum teringin lagi nak ke China..nak gi korea dulu jika ada rezeki dan umur

    ReplyDelete
  2. ekekek mekasih kak ina.yeahh korea sounds fun, nak nak kalau dapat pegi jeju island tuh , syokk nye lahhh ! insya allah :)

    ReplyDelete