Monday 5 March 2012

Cheelicious , Taman Pelangi JB


Assalamualaikum. Ok hari ni aku nak share pasal 1 lagi tempat makan yang pada aku best lah jugak, semalam dah bawak mak & adik pergi makan sini. Cheelicious Johor Bahru satu tempat yang sangat cosy, takde lah besar sangat kedai dia. Sedang-sedang je, tapi ambiance dia sangat menarik.

Ini gambar hadapan Cheelicious : Sumber gambar dari  JBFoodClub
Cafe ni dia terkenal dengan cheesecake sebenarnye,tengok nama kedai sikit, cheese jugak kan. haha ada pelbagai jenis cheesecake, dari oreo, strawberry, cremebrulee,caramel, dan banyak lagi nama cheesecake yang aku tak ingat. Ada juga jual makanan lain, contohnya macam mushroom soup, chicken chop, spaghetti dan lain-lain makanan barat lagi. Skang dah boleh lah korang tengok gambar ekeke.

This is caramelicious. - Caramel Cheese cake

Chocolate Brownies With vanilla Ice Cream 

This is super nice ! Triple Chocolate Terrine, tengah-tengah dia ialah ice cream 
Ice Blended Oreo.

Chicken Mushroom Spaghetti. Aku rasa telalu banyak cream cheese dia.agak muak ye

Ok setakat ini sahaja gambar-gambar yang aku dapat snap. Kalau korang memang penggemar cheese, amat disarankan makan dekat sini, tapi kalau korang tak suka cheese, mungkin korang tak berapa gemar kan, sebab nnt muak ekeke. Kalau nak cari kedai ni senang je, korang aimkan dekat Plaza Pelangi Johor Bahru, pegi kat belakang dia, Cheelicious ni sebaris dengan CIMB pelangi. 

Alamat untuk ke Cheelicious : 
No 55, Jalan Kuning 2, 
Taman Pelangi 80400 Johor Bahru .
Contact Number : 07331 5577 
Waktu Operasi : 10 pagi sampai 10 malam.

Till Then, next post kita cerita pasal #twtupjohor ok :) 

1 comment: