Wednesday, 29 June 2011
Monday, 21 February 2011
• Terima Kasih Cinta,Opera & Mille Crepe •
Assalamualaikum. Maka hari jadi masa 17 haribulan dua tu di sambung lagi pada hari sabtu 19 haribulan dua juga bersama angah & abah.
♥ Opera Bakery & Coffee House ♥
When everyone's bz talking bout macarons, we went to Opera at Empire Shopping Gallery (sebelah whisk bar) to try others french dessert and we found Mille Crepe, die sebenarnya cake tapi dibuat dengan crepe layer by layer.Best. Tak berapa manis sangat, korang pun patut cuba Mille crepe ni. Sebut pasal crepe, aku teringat masa pegi Rome tahun lelepas,dieorang banyak jual mende alah crepe ni, yang paling best nuttella chocolate crepe, penuh gila nuttella die sapu kat crepe tuh, then letak choc chip yang banyak gila. yummehh.
♥ nampak tak lapis-lapis die? bukan mcm kek lapis, tapi die mcm lempeng yang di layer kan ♥
Mille crêpe is a French cake made of many crêpe layers. "Mille" ("mil") means "a thousand", implying the many layers of crêpe. - wikipedia
♥ ini belgian choc mille crepe with 4 flavours of macarons ♥
One slice Mille crepe kat sini lebih kurang rm 11.90, ada banyak flavour, ada cheese, oreo, belgian chocolate, caramel, kalau korang pegi time malam dalam kul 8pm sampai 10pm ada 30% off utk setiap mille crepe.Ada juga jugal macaroon, pelbagai perisa, 1 pcs rm 3.00. aku rasa paling best perasa mandarin orange ehe.
aku pergi makan bersama mereka ni, angah belanja laa sempena birthday katanya. dah 25 tahun mana dpaat hadiah lagi hahaha.
Pada hari sabtu 19.02.2011, dapat pergi tengok teater " Terima Kasih Cinta " di Istana Budaya , dimana teater ni di adaptasi daripada filem Cinta oleh khabir bakhtiar ( ke apa ntah nama die ), not bad, dieorang nyanyi semu best-best cuma ada laa ter-ter-sasar sikit ehe.
♥ ini buku yang tulis nama para pelakon smua. rm 3.00 ♥
Pelakon-pelakon yang menjayakan teater ni ialah Tony Eusoff vince, anding, tu je aku kenal hahaha yang lain aku tatau nama, tapi korang boleh pegi tengok kat redmummy punye blog la die ada tulis nama2 pelakon, yang aku nampak pelakon-pelakon tambahan akma af, ngan qhaud, akma cun gila! Then sebelom balik tuh ada laa sesi autgraph smua, tapi aku tak de lah pegi beratur semua, eheh pemalas la katakan. So kiteorang belilah chocolate bar ni sebagai kenangan, katanya.hahah 2 choc bar rm 5, so kira satu rm 2.50 laa kan.
Weekend dihabiskan dengan angah je :) and with my friend Harsha, pegi tengok Burlesque,cerita yang ada christina & cher, nyanyi-nyanyi blakon-blakon yummeh. Dan telah membeli benda alah ni dua ketul nak bagi dak opis. Aku tengok balik aku rasa nak nangis sebab tak beli lebih untuk diri sendiri. ( kalau tengok time lapar lah )
♥ Cookies & Cream: Available Wednesday’s, Friday’s and Sunday’s. ♥
♥ Rich & cool : Rich in chocolate, cool as mint. Take a bite of this to feel Top Dollar! Available Monday’s, Thursday’s and Sunday’s.♥
Dan pada bulan birthday adalah sangat best sebab semua kad-kad discount korang akan memberikan banyak faedah contoh nye voucher-voucher, additional % dan lain-lain.Kene pastikan pada bulan birthday duit adalah berlebihan. ![]()
♥ Dan aku akan bagi voucher ni kat adik-adik aku ♥
Last but not least, treat for my colleagues sempena birthday aku walaupun sehari lambat.
♥ Smooch macarons, sedap & very rich of fillings. Murah je size kecik rm 1.30,kalau size besar rm 1.50, then die takde pos-pos cod je smua, kalau korang nak oder bleh pegi like Fanpage die kat facebook : Smooch ♥
Tuesday, 1 February 2011
• Semua pun manis-manis belaka •
Assalamualaikum semua. Seperti biasa banyak nak cerita,banyak yang buat aku sakit hati memaki-maki tapi dalam hati . Tapi tu semua sekejap je, 2-3 hari aku lupalah. Insyallah. Maka dengan itu mari aku sajikan korang semua benda yang manis-manis sahaja.
♥ Fatal attraction ♥
Nama tak bleh blah kan, nak makan pun pikir-pikir jugak lah. Ini korang bleh dapatkan di cupcake chic kat sunway pyramid ada, pavillion ada. Rasa die ok la not bad, tapi aku tak berapa suka sangat, sebab cake die tak manis. Walaupun coklat die tuh manis, tapi kan aku jenis makan layer by layer, maka cake die tak dapat lah rasa manis coklat tuh. ok sekian.

♥ Red Velvet ♥
Ok kengkawan ini bukan red velvet cupcake yang selalu hanis zalikha twitpic tuh, bukan juga aku oder daripada ibu die puan nani tuh kan, tapi sebab asyik tengok twitpic cik hanis tuh laa aku tetiba macam nak pegi rasa lah red velvet ni. Maka dengan semangat nye pegi cari kat cupcake chic. haha ofcoz laa ada, biasalahh aku ni mana laa pandai nak baking2 nie.makan terer lah. :) nak balik rumah suh mak tercinta buatkan pun tak berkesempatan nak balik, how lah ! ok tayah nak emo sangat lah amy!
Baideway,semua harga cupcake kat cupcake chic ni ialah RM 4.90,tapi sedap. okbai. ouh ada lagi satu, smalam malam baru lepas jumpa adik-adik yang comel,cun,hemsem smua ni hahah, dieorang ni satu junior club foto UTM skudai dulu, lagi 3 orang ni aku baru kenal laa from twitter. Nice to know u guys, ok kalau nak blanje lagi nanti panggil lah hahaha. ok patutnye aku yang belanje sebab korang adik-adik kan. nanti laa ada rezeki tak kemana cewah.
♥ Gambar blur,biasalah aku snap daripada pc je nie. lagi sorang takde dalam gambar,lelaki melayu terakhir hehe. sebenanrnye kiteorang tak offer nak amik gambar die, mesti die patah hati. sorry weh ♥
Dari kiri: @naomiashikin, yang mata tak nampak tuh aku lah as usual, pipi terlebih, then @AyongQiela & adik manis yang belanja kiteorang makan *malu tutup muka * @Reenamuhamad, yang takde dalam gambar ialah @fzren.
Aku tatau laa dieorang ni bagi ke tak aku tulis twthandle dieorang ni. haha takpe la agak tak bagi kang aku remove. ok thanks semua. Panjang umur murah rezeki jumpa lagi. Insyallah.





