Showing posts with label cupcake. Show all posts
Showing posts with label cupcake. Show all posts

Thursday, 24 May 2012

Time To Bla Bla Bla

Assalamualaikum.

Hye aku malas nak kerja sekarang. herm tatau lah apsal down sangat sejak dua tiga menjak ni. Tapi kalau tak kerja mana nak dapat duit kan.ish ish ish dah la nak kawin ni, untuk sebelum kawin aku tak risau sangat, tapi kehidupan selepas kawin tuh, mesti nak guna banyak $$$ (terus jadi mata duitan) hahaah . Tetiba memacam masalah pulak datang, tension kepala iolls. tapi nak buat macam mana, just go with the flow.Heharap semua masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin, dan aku takyah nak pening-pening kepala lagi.Aku juga yang datangkan masalah ni, padan muka awak amy.Harap ada orang betepuk tangan di belakang sana.

Kekadang aku fikir, bagus juga kalau jadi orang yang heartless, tak payah pening-pening kepala fikir masalah. Relax je. Tapi tak beperasaan ni macam robot je kan? Anyway, boss aku selalu kata aku takda kerja, padahal die tak ingat kerja yang die bagi betimbun-timbun itu. Nampak sangat aku buat kerja die selalu tak nampak. Patut lah semalam tetiba datang tempat aku bagi kerja baru buat catalogue, padahal kerja kat tangan  aku ada lah dalam 6-7 kerja yang semua dalam proses nak siap. Yes kene multitasking, sebab nanti tak sempat. Tapi itu pun kekadang orang tak faham.

Dah malas nak fikir panjang-panjang, kekadang rasa macam nak lari dari realiti kejap kekeek tapi tak kesampaian,so lari ke singapura je lah selalu. Terima lah gambar makanan ni yang aku sebenarnye nak hantar dekat #instacharity tapi tak menepati syarat pulak. Dia nak satu A4 ada 4 keping gambo je, aku ni letak sampai 40 keping satu A4 hahaha memang terus disqualified lah kan.  Semua gambar ni aku amik guna iPhone je, tapi amacam cun tak? hahah

Aku ni suka makan tapi aku tak reti masak.Harap bakal suami terima seadanya.

Tuesday, 14 June 2011

• Cake comel-comel sedap dimakan •

Assalamualaikum. Heyho. malas nak type bye ekeke. takde lah, harini aku nak share gambar cupcake & mini cake yang ada satu budak office ni bagi sebab die baru kawin.


Chinese people ni dieorang suka bagi macam cake ke tart ke bila dieorang dah sudah majlis perkahwinan, die bagi pada semua yang bagi dieorang hadiah or duit or pergi majlis dieorang. Kalau yang nak dapat anak pun ada bagi jugak bila anak dieorang dah cukup sebulan. macam full moon lah dieorang panggil. Yang ni pun bagi kat kengkawan yang ada bagi hadiah time baby baru lahir.


Bila tengok dieorang beli cake ni kecik-kecik comel dalam kotak, nanti time aku kawin pun nak bagi goodies letak cake camni lah. comel dan sedap pulak tu. tapi tatau lah lagi bila nak kawin ekekek. Sekarang pun memang popular kan goodies bagi cupcake, kek kawin pun cupcake. Tapi cake kecik-kecik ni lain sikit. Nah tengok gambar ok.



♥ ada banyak flavour, pastu theme mmg lah love2 baru kawin la katakan ♥


♥ Cake yang belah kanan tuh ok ekek. Tulisan cina tuh bermaksud happiness. Tuh white chocolate. Yummyliciousss ♥


♥ Nanti nak suruh mak buat macam ni banyak-banyak untuk bengawan solo eheh, comel kann nak makan pun sayang ♥


Pada pendapat aku, cake-cake kecik camni sesuai lah nak bagi time tunang ke, time nikah ke or even baby showe, letak satu-satu dlm box kecik bagi kat orang, takde laa bagi cake butter plain je kan. :) aku rasa sekotak camtuh 12pcs cake harga die RM 14.90 ke RM 12.90 camtuh lah.


Kalau kat jb ni korang boleh tempah kat season ke lavender ke, kalau kat mersing, korang boleh pegi tempah dekat Bengawan Solo Cafe ok , insyallah memuaskan hati :smile:

Tuesday, 1 February 2011

• Semua pun manis-manis belaka •

Assalamualaikum semua. Seperti biasa banyak nak cerita,banyak yang buat aku sakit hati memaki-maki tapi dalam hati . Tapi tu semua sekejap je, 2-3 hari aku lupalah. Insyallah. Maka dengan itu mari aku sajikan korang semua benda yang manis-manis sahaja.



♥ Fatal attraction ♥


Nama tak bleh blah kan, nak makan pun pikir-pikir jugak lah. Ini korang bleh dapatkan di cupcake chic kat sunway pyramid ada, pavillion ada. Rasa die ok la not bad, tapi aku tak berapa suka sangat, sebab cake die tak manis. Walaupun coklat die tuh manis, tapi kan aku jenis makan layer by layer, maka cake die tak dapat lah rasa manis coklat tuh. ok sekian.



♥ Red Velvet ♥


Ok kengkawan ini bukan red velvet cupcake yang selalu hanis zalikha twitpic tuh, bukan juga aku oder daripada ibu die puan nani tuh kan, tapi sebab asyik tengok twitpic cik hanis tuh laa aku tetiba macam nak pegi rasa lah red velvet ni. Maka dengan semangat nye pegi cari kat cupcake chic. haha ofcoz laa ada, biasalahh aku ni mana laa pandai nak baking2 nie.makan terer lah. :) nak balik rumah suh mak tercinta buatkan pun tak berkesempatan nak balik, how lah ! ok tayah nak emo sangat lah amy!


Baideway,semua harga cupcake kat cupcake chic ni ialah RM 4.90,tapi sedap. okbai. ouh ada lagi satu, smalam malam baru lepas jumpa adik-adik yang comel,cun,hemsem smua ni hahah, dieorang ni satu junior club foto UTM skudai dulu, lagi 3 orang ni aku baru kenal laa from twitter. Nice to know u guys, ok kalau nak blanje lagi nanti panggil lah hahaha. ok patutnye aku yang belanje sebab korang adik-adik kan. nanti laa ada rezeki tak kemana cewah.


♥ Gambar blur,biasalah aku snap daripada pc je nie. lagi sorang takde dalam gambar,lelaki melayu terakhir hehe. sebenanrnye kiteorang tak offer nak amik gambar die, mesti die patah hati. sorry weh ♥


Dari kiri: @naomiashikin, yang mata tak nampak tuh aku lah as usual, pipi terlebih, then @AyongQiela & adik manis yang belanja kiteorang makan *malu tutup muka * @Reenamuhamad, yang takde dalam gambar ialah @fzren.


Aku tatau laa dieorang ni bagi ke tak aku tulis twthandle dieorang ni. haha takpe la agak tak bagi kang aku remove. ok thanks semua. Panjang umur murah rezeki jumpa lagi. Insyallah.


Tuesday, 23 June 2009

• Durian Dan Choc Cupcake •


Durian-durian free.mari-mari pilih-pilih.


Kalau tengok kiri kanan jalan nak balik kampung, mesti nampak ade ramai orang jual Durian. wOoh musim durian dah datang. yEah. Dari balik from beijing arituh nak makan,sebab kat sana pun ada jual durian, tapi disebabkan batuk, 3 ari duk kat jb tak pegi pun beli. Tetibe balik umah mersing je, abg halim hantar durian seguni ! rezeki-rezeki. malam tu jugak makan. tak kesah dah batuk ke tak, asalkan dapat makan durian.:smile:Puas makan durian? tak la. yang lebih sambung untuk makan hari berikutnya.



Durian yang dijual di pasar buah Beijing, semua terikat sebab smua dah merekah. mesti dah terlebih masak.



Nyum-nyum...


Cite pasal choc cup cake, sempena hari ayah sedunia. ( sedunia ke ? ) aa lebih kurang la, angah g la buat choc cup cake nie, so angah dan adik2 decorate la ikut ske ati derang, untuk dibawa bersama time dinner sefamily di Mama Bedah Seafood Restaurant di Pantai penyabong, lebih kurang 45 minit dari mersing. Tapi takde la nak celebrate father's day sangat pun, ni lebih kepada makan malam bersama keluarga. Dah lama gak tak g makan sesama, ye lah abah duk jb, kiteorang duk mersing, weekend bila abah balik pun lebih shiok duk kat rumah. Ni kebetulan semua tengah cuti sem, so plan la makan sana makan sini. Tapi pape pun aunty bedah masak best~ ikan sotong ketam semua fresh. Terasa lagik kemanisan ikan bakar semalam. Ok gambar-gambar.



Angah,adik,ateh & mina interframe dengan abah. Selamat Hari Bapa.Semoga sehat & happy2 always.Thanks 4 4everything . (ucapan sama je macam time wish birthday :mad: )



Ketam masak Blackpepper

Wednesday, 13 May 2009

• cupcakes 10 pcs please •

Tetiba rasa nak makan chocolate cupcakes ( nak sebijik yang macam kawan-kawan aku bagi time besday arituh, tapi susah lah nak order ). Sebab kat depan aku ni ada satu tin bulat yang gambar-gambar dia adalah cupcakes. menyesal pulak beli bekas tin ni. haha buat aku lapar je sepanjang masa. macam mana nak kurus nie!! omaigad! ok lah takyah pikir. :mad: bila rasa agak tension kita kene makan benda-benda manis :eek: .



aku agak sedih ni :cry:, tapi takde lah sedih sangat. sebab duit yang dikumpul untuk beli battery grip eos aku selama beberapa hari telah digunapakai tanpa tinggal sikit pun baki, sadis!! sekelip mata je duit yang patutnye bley buat aku beli battery grip dan shopping , si maxis tuh dah amik! aa ni smua salah..... AMY. haha ye aku la salah sebab melewat-lewatkan pembayaran bill selama beberapa bulan, tuh yang ber-triple-triple angka die. Ok pas ni memang aku nak pulang broadband yang connectionnya di skudai adalah indah khabar dari rupa.  takpe-takpe, duit boleh dicari. Battery grip tak abis jual lagi, masih ada di pasaran hahah.


ok kawan-kawan pasni, i takleh la slalu call u ols~ hahah :cry:



sambung-sambung buat kerja.