Showing posts with label one utama. Show all posts
Showing posts with label one utama. Show all posts

Wednesday, 4 May 2011

• Untuk kaki-kaki Fashion . the world is your runaway •

Assalamualaikum. Sehat semua? harap sehat-sehat lah macam aku. Sebenarnye aku memula tadi nak tulis pasal faucets yang mahal nak mati RM 16,000, faucets tuh water tap atau pili air. ko bayangkan pili air harga RM16,000 ke RM18,000 memang pegang takde kesan jari langsung la aku rasa. haha.


Tapi tetiba tadi , aku terbukak laa email aku. Pastu ada laa email-email notification facebook yang tu biasalah kan. korang pun mesti dapat gak. bajet macam bz laa banyak email, padahal semua pun email sampah. pastu dalam selang-selang notification tuh semua ada la terselit email daripada one utama & la senza. Dieorang ni memang time aku dah pindah kat Johor Bahru laa baru nak email aku bagai semua. Time aku kat Kuala Lumpur dulu, takde pun. Saje nak suruh aku makan dalam agaknye.


Ok skang baru masuk kepada tajuk utama. kepada kaki-kaki fashion kira macam peminat la jugak, pegilah membeli belah atau jenjalan kat One Utama sebab skang ni dieorang macam ada buat Fashion week ke apa ntah. Aku sebenarnye malas jugak nak amik port2 pasal mende ni, biasalah sebab dah jauh. maka aku share je la ngan korang yang kebetulan baca blog aku ni kan.kot-kot tengah boring bleh aa pegi cecuci mata kat sana.



Siap jadual ONE UTAMA bagi. For further details boleh laa ke laman web One Utama ni. Korang pun ada dapat jugak kot newsletter ni. Sama je. Dan lagi satu kepada peminat La senza yang sebenarnye memang dah tutup kat JB ni. Ntah pape ntahhh. boleh laa ke La Senza Pavillion 7 may ni sebab ada amende ntah, 100 guest terawal dapat goodie bag. Ha pegilah apa lagi. Aku ni jauh, mana bleh pegi. ( pergh bajet macam kat oversea ke apa, padahal 3 jam je pejalanan hahahah )



Bring your BFF, pergh sapa laaa BFF yang nak bawak aku ni. ouhh em geee ! Heharap aku menang laaaaa body kiss contest kat facebook arituh.. fuhhhhh ! ok bai. aku ni banyak keje ekceli. tapi biasalah malas.


Assalamualaikum.


p/s: sapa nak one card aku . hahah ad alaa sploh ringgit je. lepas laa nak parking kan kan .

Tuesday, 26 April 2011

• Hai semua orang-orang Johor •

Assalamualaikum semua.

Hye hye hye. ni hye utk 3 bulan sekali . eheh. lama gila da ni tak update. macam-macam jadi dalam masa beberapa bulan yang lepas ni. Alhamdulilah semua nya semakin baik, im getting happier staying in Johor Bahru, yeah balik semula ke jb ekek, dah goodbye Kuala Lumpur.


Setelah 7 bulan aku stay kat Kuala Lumpur, aku decided nak pindah balik Johor Bahru sebab aku rasa kat sana sesuai untuk nak pegi jenjalan je, mungkin jiwa aku tak sesuai nak bermastautin kat sana. Aku bukan orang KL weh. ekek mungkin juga sebab nak dekat dengan family. Anak mak abah laa katakan :razz:


Maka dengan ini bermulah pencarian makanan yang manis kat JB ni, macam konon-konon aku buat masa kat KL dulu ekeke. Tapi haritu, aku dengan kawan aku , nama dia syikin, pegi lah that's cafe yang kat belakang jalan dhoby tuh kan, jalan tan hion nee ke apa ntah, aku tengok dah banyak berubah laa, kedai kat atas + saloon tu dah takde, decorations dalam kedai pun dah tak semeriah macam dulu. Aku rasa dieorang dah banyak jual laa barang-barang kat kedai tuh. ni aku syak je la. Pastu baru aku perasan, ye lah aku dah 2 tahun kot tak datang sini. Haha over lah kalau takde perubahan. Ok tu je nak bitau.


Boring la aku takde letak gamba ke apa kan. Macam mana nak kasi korang yang singgah baca blog aku ni nak rehatkan mata dengan menatap gambar-gambar, kasi relax-relax. sorry lah, kat office baru ni tak boleh on facebook, biasalah kene block ekke, gambar-gambar baru kene tag semua kat facebook la macma biasa.. dieorang takut aku hanyut la tuh. padahal bleh je on pakai telepon kan. Ouh mai. shh ini sepatutnya rahsia. harap takde orang bagitahu pihak atasan office aku ni.


Maka sebab taknak kasik plain dull, aku pun check email, dan ada gambar ini. Sesuai juga laa nak bagi kat korang yang duduk kat Kuala Lumpur, ataupun yang duduk dekat-dekat dengan One Utama macam adik aku sorang tuh, umah kat belakang OU (tatau laa apsal nak bagitau, mungkin aku rindu kat die) . ok sekian terima kasih bye.




Pergh tebakor je laa kan hati tengok mende ni, ye lah takkan semata-mata aku nak pegi kl pegi ou kan. hahah. 3x upoints kot. sapa nak onecard aku angkat tangan? eekek. ok lah lupa tadi dah bye.



Thursday, 24 February 2011

• Drive Angry •

Hye ini bukan cerita memandu kereta atas jalan raya sambil hati berapi marah-marah, disebabkan oleh pemandu lain yang memang macam palat contoh nye : masuk simpang tak bagi signal, tukar lane tak bagi signal, pastu cucuk-cucuk belakang kereta sebab nak potong tak lepas. Ok ini adalah contoh-contohnya lah, tapi bukan nak cerita pasal ni pun ahhaha.

Cerita nye camni, smalam aku dapat lah ticket free kawan aku bagi untuk pegi tengok tayangan primier Drive Angry lakonan Nicholas Cage dan diarahkan oleh Patrick Lussier. hikhik. gembira lah sebab free pastuh dapat tengok dulu kan. Dengan semangat nya lepas kerja terus pergi ke e@curve, sebab orang yang bagi ticket tuh kata movie dekat sana, fuh awal ok, patutnye movie start jam 8.45pm. Semangat membara la katakan. Tunggu punya tunggu punya tunggu, aku & kawan aku macam pelik, apsal tak ramai orang then macam semua orang pegi amik ticket utk primier I AM NUMBER FOUR. Memula rilek lagi, then macam dah nak kul 9pm time tuh, husband kawan aku ni pun sms kawan die, skali salah cinema daa.. patutnya GSC One Utama, bukan cineplex. Aisehmann, kiteorang pun cecepat laa naik kereta, pegi ke One Utama, seb baik dekat hahah. Sesampai kat OU, ok semua memang dah masuk, kiteorang terlambat 6 minutes, ok laa kan. but still lah tak best sebab tak tau starting cerita macam mana. Tetiba tengok nicholas cage dah start action dah. takpe ahh layankan. dapat seat pun nice lah tengah-tengah, nasib baik tak ramai sangat orang.free seating la katakan.


• Drive Angry •



Drive angry ni sebenarnye pasal Milton (Nicholas Cage) ni ,die dah mati masuk hell tapi macam ada satu mission die nak buat,nak pergi selamatkan cucu dia daripada kumpulan orang jahat, kumpulan ni deorang kira macam pemuja satan , yang kira hardcore punye kan. So nak jadikan cucu Milton ni sebagai korban kat satan tuh supaya dieorang boleh hidup selamanya. memang khurafat gila, tapi biasalah cerita kan. eheh, Milton bukan je nak selamatkan cucu dia, tapi sebab nak balas dendam terhadap anak perempuan die yang dah mati, sebab ketua pemuja satan tu yang bunuh dengan kejam.


• Ini orang jahat tu- but i like the way he talk hehe sangat country feel •



Sepanjang cerita, memang banyak bunuh-bunuh, violance gila, sapa suka tengok orang kene ketuk-ketuk, kene baling dengan parang semua sesuai lah tengok cerita ni. Disamping Milton ada satu perempuan ni, kira perempuan ni memang dipilih khas lah oleh Milton untuk ikut dia, pempuan ni nama Piper, Piper ni diselamatkan  oleh Milton pada awal cerita daripada tunang die yang jahat. So Piper ni ikut je lah Milton pegi nak selamatkan cucu dia.


• The gorgeous Amber Heard aka Piper •



Si Milton ni bukan sahaja dikejar oleh polis-polis, tapi juga oleh seorang lelaki yang dipanggil The Accountant, die ni macam penjaga Milton dekat bumi lah. kira die yang akan make sure kan Milton ni finish kan kerja dia, then balik ke hell smua. haha gila khurafat. ok takpe. tapi The Accountant ni die lawak oke. Takpe nanti korang tengok lah.


• The Accountant yang kelakar & ganas•



Lastly, cerita die.... jeng jeng jeng. alah takkan aku nak cerita ending dia kan, nanti tak suspen lah korang hehhee. takpe kalau berminat korang boleh tengok kat cinema 25th February ni. hari jumaat. Tapi die memang shoot in 3D lah aku rasa, ko tayah pakai 3D spec tuh pun kau boleh nampak pintu kereta terbang nak kene muka kau. oh my ouh my. saspend kekkekeke

For more info, u guys can visit Drive Angry Official Website Here.

Pelakon-pelakon utama : Nicholas Cage, Amber Heard ( yang muka macam Blake Lively Gossip Girls, William Fichtner, Billy Burke, David Morse, Simona Williams, Katy Mixon. Dan jangka masa tayangan dia adalah dalam 1 jam 45 minit camtuh. Genre die tegolong dalam action, thriller,science fiction that's why ada yang macam tak logic sket hahah .

ok till then bubye. nanti kita pegi tengok cerita No Strings Attached plak k.