Thursday 24 February 2011

• Drive Angry •

Hye ini bukan cerita memandu kereta atas jalan raya sambil hati berapi marah-marah, disebabkan oleh pemandu lain yang memang macam palat contoh nye : masuk simpang tak bagi signal, tukar lane tak bagi signal, pastu cucuk-cucuk belakang kereta sebab nak potong tak lepas. Ok ini adalah contoh-contohnya lah, tapi bukan nak cerita pasal ni pun ahhaha.

Cerita nye camni, smalam aku dapat lah ticket free kawan aku bagi untuk pegi tengok tayangan primier Drive Angry lakonan Nicholas Cage dan diarahkan oleh Patrick Lussier. hikhik. gembira lah sebab free pastuh dapat tengok dulu kan. Dengan semangat nya lepas kerja terus pergi ke e@curve, sebab orang yang bagi ticket tuh kata movie dekat sana, fuh awal ok, patutnye movie start jam 8.45pm. Semangat membara la katakan. Tunggu punya tunggu punya tunggu, aku & kawan aku macam pelik, apsal tak ramai orang then macam semua orang pegi amik ticket utk primier I AM NUMBER FOUR. Memula rilek lagi, then macam dah nak kul 9pm time tuh, husband kawan aku ni pun sms kawan die, skali salah cinema daa.. patutnya GSC One Utama, bukan cineplex. Aisehmann, kiteorang pun cecepat laa naik kereta, pegi ke One Utama, seb baik dekat hahah. Sesampai kat OU, ok semua memang dah masuk, kiteorang terlambat 6 minutes, ok laa kan. but still lah tak best sebab tak tau starting cerita macam mana. Tetiba tengok nicholas cage dah start action dah. takpe ahh layankan. dapat seat pun nice lah tengah-tengah, nasib baik tak ramai sangat orang.free seating la katakan.


• Drive Angry •



Drive angry ni sebenarnye pasal Milton (Nicholas Cage) ni ,die dah mati masuk hell tapi macam ada satu mission die nak buat,nak pergi selamatkan cucu dia daripada kumpulan orang jahat, kumpulan ni deorang kira macam pemuja satan , yang kira hardcore punye kan. So nak jadikan cucu Milton ni sebagai korban kat satan tuh supaya dieorang boleh hidup selamanya. memang khurafat gila, tapi biasalah cerita kan. eheh, Milton bukan je nak selamatkan cucu dia, tapi sebab nak balas dendam terhadap anak perempuan die yang dah mati, sebab ketua pemuja satan tu yang bunuh dengan kejam.


• Ini orang jahat tu- but i like the way he talk hehe sangat country feel •



Sepanjang cerita, memang banyak bunuh-bunuh, violance gila, sapa suka tengok orang kene ketuk-ketuk, kene baling dengan parang semua sesuai lah tengok cerita ni. Disamping Milton ada satu perempuan ni, kira perempuan ni memang dipilih khas lah oleh Milton untuk ikut dia, pempuan ni nama Piper, Piper ni diselamatkan  oleh Milton pada awal cerita daripada tunang die yang jahat. So Piper ni ikut je lah Milton pegi nak selamatkan cucu dia.


• The gorgeous Amber Heard aka Piper •



Si Milton ni bukan sahaja dikejar oleh polis-polis, tapi juga oleh seorang lelaki yang dipanggil The Accountant, die ni macam penjaga Milton dekat bumi lah. kira die yang akan make sure kan Milton ni finish kan kerja dia, then balik ke hell smua. haha gila khurafat. ok takpe. tapi The Accountant ni die lawak oke. Takpe nanti korang tengok lah.


• The Accountant yang kelakar & ganas•



Lastly, cerita die.... jeng jeng jeng. alah takkan aku nak cerita ending dia kan, nanti tak suspen lah korang hehhee. takpe kalau berminat korang boleh tengok kat cinema 25th February ni. hari jumaat. Tapi die memang shoot in 3D lah aku rasa, ko tayah pakai 3D spec tuh pun kau boleh nampak pintu kereta terbang nak kene muka kau. oh my ouh my. saspend kekkekeke

For more info, u guys can visit Drive Angry Official Website Here.

Pelakon-pelakon utama : Nicholas Cage, Amber Heard ( yang muka macam Blake Lively Gossip Girls, William Fichtner, Billy Burke, David Morse, Simona Williams, Katy Mixon. Dan jangka masa tayangan dia adalah dalam 1 jam 45 minit camtuh. Genre die tegolong dalam action, thriller,science fiction that's why ada yang macam tak logic sket hahah .

ok till then bubye. nanti kita pegi tengok cerita No Strings Attached plak k.

No comments:

Post a Comment