Sunday 28 June 2009

• If You Could See Me Now •

Friends come in all different shapes and sizes, and the important thing is not what we look like but the role we play in our best friend's life.



Tajuk posting aku kali ni adalah pasal sebuah novel yang aku baru selesai baca. Dah lama mula baca, tapi disebabkan banyak halangan, tak dapat aku nak abiskan. Novel yang dimaksudkan ialah If You Could See Me Now by Cecelia Ahern.


Korang pernah tak rasa ada seorang rakan yang tak pernah dilihat oleh orang lain ? Cakap sorang-sorang, gelak sorang-sorang, main sorang-sorang. Kalau ada, tak korang bukan gila. Itu cuma rakan imaginasi korang yang wujud antara korang je, untuk bantu korang jadi lebih yakin dan berani. Bila dah datang keyakinan pada diri, perlahan-lahan rakan anda itu akan hilang. Korang baca lah novel ni, nanti korang paham. :lol:


Novel ni menceritakan tentang Elizabeth, seorang wanita yang perfectionist dalam kerjaya dan hidupnya, tetapi dibebani dengan masalah keluarga yang telah ditanggung sejak kecil. Elizabeth masih single tetapi terpaksa menjaga Luke, anak kepada adiknya yang sering menghilangkan diri dan suka hidup sendirian tanpa ada bebanan.


Hidup Elizabeth adalah sangat membosankan, pagi bangun kerja,malam balik tidur. Penuh dengan warna-warna hitam dan coklat. Masa bersama Luke juga tidak ada. Oleh kerana Luke ni keseorangan, jadik datang lah Ivan dalam hidup Luke. Ivan ni hanya boleh dilihat oleh Luke sahaja, orang lain tak nampak. Bila Luke mula cakap sorang-sorang, aunty die ni Elizabeth rasa anak sedara dia ni ada masalah mental. Tapi dilayankan juga, hinggalah pada satu ketika tu, Elizabeth sendiri nampak Ivan , tanpa menyedari Ivan dah jadik rakan imaginasi dia. Orang di sekeliling ELizabeth ni tak nampak pun Ivan, cuma Luke je yang nampak. Walaupun Elizabeth cakap dia buat semua perkara dengan Ivan, takde sorang pun percaya kat die, tapi mereka layankan je, sebab nak nengok Elizabeth ni happy .


Life's kind of like a painting. A really bizarre abstract painting. You could look at it and think that all it is is a blur, or you could focus on it and use your imagination - life can become so much more.


Ivan banyak mengubah hidup Elizabeth, menjadikan dia seorang yang lebih ceria, tidak terikat dengan rules, seorang yang lebih bertenaga,kreatif dan berani serta lebih mudah menunjukkan kasih sayang. Lama-kelamaan, Ivan terjatuh cinta kepada Elizabeth, begitu juga dengan Elizabeth. Tetapi cinta mereka ni terpaksa dihalang kerana, Ivan hanya datang untuk membantu, dan Ivan ni kan imaginasi je, so dia tak akan tua dan tak akan mati, jadi adalah mustahil bagi mereka untuk hidup bersama.


Ivan pada mula nya berkeras untuk bersama Elizabeth, tetapi akhirnya dia sedar bahawa jika dia meneruskan percintaan mereka, ianya akan mendatangkan lebih banyak kesedihan daripada kegembiraan. Kalau mereka bersama dan berkahwin , Ivan terpaksa melihat Elizabeth tua dan akhirnya mati sedangkan dia masih tetap sama. Jadi pada hari jadi Elizabeth, Ivan telah menyuruh Luke menjemput semua jiran dan rakan-rakan Elizabeth ke rumah untuk adakan birthday party, dia juga telah menjemput rakan kerja Elizabeth iaitu Benjamin datang. Benjamin ni kira macam ada hati gak la kat Elizabeth ni. On that day, Ivan pun slow-sloa jadi invisible kepada Elizabeth. Pada malam nya pula, Ivan mengucapkan selamat tinggal pada Elizabeth dan Luke. Tapi walaupun Ivan tak nampak di mata, tapi dia tetap ada untuk memerhatikan kekasihnya itu. Part ni sedih weh.


Begitulah ceritanya. Kesimpulannya Elizabeth ni berkawan dengan rakan imaginasi Luke, bernama Ivan, jatuh cinta tapi tak boleh bersama kerana Ivan ni akan jadi halimunan selepas beberapa ketika bersama dan memberikan beberapa pengajaran hidup kepadanya serta membuka mata hati Elizabeth untuk dia lihat apa yang dia telah hilang selama ini.


Selamat membaca :lol: untuk dapatkan sinopsis dan buku lain sila ke web Cecelia Ahern.


• Bertemankan Ombak •

Sehari semalam di Desaru best,walaupun kesuntukan masa tapi rasa puas dan tenang. Tujuan utama ke Desaru adalah untuk teman ateh, adik aku pergi join gathering rakan sekolah dia masa kat Teknik Kota Tinggi. Invite satu batch, tapi yang datang adalah dalam 20 orang. Aktiviti yang ada just mandi pantai, BBQ, tengok orang memancing, lepak buat unggun api di tepi pantai, mandi pantai some more,makan dan relax.



Moment paling best, lepak tepi pantai di sebalik unggun api, baring dan kira bintang. Malam tu bintang banyak..terang-terang. Tenang je rasa bila baring mengadap bintang sambil ditemani bunyi ombak.Lain kali buat gathering untuk kawan-kawan aku la plak.


By the way thanks to angah sebab jadik pemandu kami, and thanks to ateh's friends yang sporting-sporting.



Gegambar yang sempat snap on the way balik Mersing.

Friday 26 June 2009

• Alhamdullilah •

Seminggu sebelum aku pergi Beijing, mak dan adik-adik telah pergi menunaikan umrah. Kenapa aku tak ikut! ouh panjang cerita nya. Alhamdullilah mereka smua telah selamat menunaikan ibadah umrah, selamat pergi dan selamat pulang. Tengok gambar mereka seronok woo. Insyallah nanti turn aku plak. ye ye yakin.



Bila dieorang balik,semua tunjuk gambar. Arghh :mad: jeles aku ! Mungkin bukan rezeki aku nak ke sana. Dalam gambar, memacam tempat mereka pergi ziarah,selain daripada menunaikan umrah, mereka juga sempat pergi ke shopping complex, kat sini la aku cam Wow. rerupanya kat sana pun ada gak topshop,baskin robin,body shop , mac aku ingat kekedai ni kene boikot sekali kat sana. Nah amik bukti.




Selain aku suh dieorang doa yang baik-baik untuk aku kat sana. Adik-adik aku yang baik hati juga telah membelikan souvenier untuk aku, aha die tau kakak die ni suka perfume, so dieorang beli lah perfume kat sana. :mad: Yang collectible punye, sebab kat sini susah gak nak dapat yang miniature untuk collect. Ouh suka-suka. So nanti aku cerita pasal perfume tuh yer.



Dior tuh bukan aku punye. Tumpang amik gamba je


Dan juga yang ter-best skalik,derang beli minuman caramel dalam kotak ( macam air susu kotak ), amalia cakap kat sana nak dapatkan minuman caramel tayah sesusah, memang banyak jual. Sampai arini ada lagik sekotak aku simpan, sayang nak minum hahaha :razz:



Sedap ni air.Pekat Lazat Berkrim.Sekotak 3 riyal. so 6 kotak 18 riyal.Sesapa nak g sana,aku nak kirim.


Okeh all later, aku nak g desaru wohoo~


p/s : Gambar semua diambil oleh angah, will upload more soon.

Thursday 25 June 2009

• Beijing sampai 16th June •

Ok la lama sangat plak rasa nak update seminggu. Aku gabungkan je la, senang kan. Ok hari ketiga. 12.06.09 telah pergi ke :




  1. Peking University : Biggest medical university, ditubuhkan pada Dinasti Ching, 1st national university. Time pergi, mahasiswa-mahasiswi di sini tengah bz untuk final exam,so kami dibawa pusing-pusing di kawasan taman/istirehat para pelajar sahaja. Besar kawasan taman ni, lebih kurang besar fakulti awam+fakulti sains komputer+ fakulti sains+ fakulti pendidikan = digabungkan  bersama. Lake die cantik. Boleh baring-baring kat tepi lake sambil ulangkaji pelajaran.


  2. Freesky pearl : Melihat bagaimana pearl diperolehi. Tengok produk-produk yang dihasilkan daripada pearl, kalau makin bulat sebiji pearl,harga die lebih mahal daripada yang bentuk bujur atau lonjong.

  3. Summer Palace ( Yihe Yuan ): Taman diraja, nak tau lebih lanjut sila ke sini Summer Palace. Di sini, seni bina dia lebih kurang forbidden city, tapi dia ada tasik ( Kunming Lake ). Kat sini kita boleh dengar & lihat pelbagai bunyi alat muzik tradisional china contohnya seperti Er-hu yang dimainkan oleh pengunjung-pengunjung setia Summer Palace ni. Kalau dengar betul-betul, ada dengar bunyik orang tiup seruling. Best-best.

  4. Beijing Herb centre : Pegi urut kaki free di sini.

  5. Shopping di Yashow Market : Belajar untuk tawar menawar dulu.


Pada 13.06.09 , takde aktiviti sangat kecuali shopping je. Singgah di Hard Rock Cafe Beijing, snap-snap gambar. Kemudian ke Hong Qiao Market, Sari Gold Market, Fushan Market, dan Russian Market.Panduan Shoping di Beijing





  1. kesabaran dan tenaga yang banyak. Sabar sebab kita kene usaha untuk dapatkan harga yang terbaik bagi barang yang kita nak beli, tenaga yang banyak sebab, kite kene sedia untuk ditarik tangan oleh pekerja-pekerja kedai. Tarik kuat woo, sapa yang tak kuat tuh kompem terseliuh tangan.

  2. Menurut Ah Hua, sesuatu barang tuh kita boleh mintak kurang sampai 70% atau pun lebih. Ikut ke-terer-an masing-masing la ketika tawar menawar.

  3. Then bila dah bukak satu harga tuh, stick pada harga tuh, jangan beganjak,kalau die taknak jual pada harga yang kita nak, jalan je pegi kedai lain, nanti pekerja kedai tuh akan tarik tangan anda, dan bagi harga yang murah dan seterusnya sampai dapat harga kita nak. Contohnya kalau barang tuh harga 1500 yuan, korang boleh tawar harga tuh sehingga 100 yuan. Tapi dekat sejam jugak lah duk kat kedai yang sama. So kesabaran itu penting ketika bershopping. :grin:

  4. Survey sesuatu barang yang kita nak tuh di banyak kedai untuk dapatkan harga yang the best. ( ni kalau korang ada banyak masa la). Kalau tak banyak masa, dah nampak tuh beli je.tayah pikir lagi.

  5. Penggunaan kalkulator adalah sangat penting. Setiap kedai ada kalkulator. So tekan jer harga yang korang nak pada kalkulator. Penggunaan bahasa adalah kurang. Yang ada cuma : I lost money, add a little bit, u crazy! , impossible, 100 yuan last price!, ok la ok la miss your price your price. etc.


14.06.09 hari ke 5, kami telah dibawa pergi ke Stadium Sarang Burung atau National Stadium Of Beijing ( Bird's Nest Stadium - niao chao ) dan water cube ( Beijing National Aquatics Center ) tempat dimana olympic 2008 berlangsung. Bird's nest stadium telah di bangunkan oleh arkitek bernama Jacques Herzog and Pierre de Meuron dan juga arkitek tempatan china iaitu Ai Wei Wei, for more details baca sini, National Stadium Of Beijing. Manakala water cube pula merupakan gabungan idea daripada 4 Arkitek iaitu PTW Architects (Australia), Arup international engineering group, CSCEC (China State Construction Engineering Corporation), dan CCDI Shanghai (China Construction Design International), Keterangan lanjut juga boleh check out di Beijing Water Cube. Dah penat pusing-pusing kawasan nie, kami dibawa ke Gems Stone Place. Shopping Gems stone pulak.




Hari terkahir 15.06.09, telah pergi ke kedutaan Malaysia di Beijing. Di sini kami bertemu dengan Mr Chuah Chee Meng ( Counsellor - Education ) . Embassy of Malaysia di Beijing, China merupakan embassy yang ke-5 terbesar seluruh dunia, kedutaan Malaysia yang pertama terbesar ialah di US , 2:UK, 3:Mesir dan 4:Jepun. Tugas utama education section di kedutaan ialah untuk memperkenalkan Malaysia melalui education. Menggalakkan pelajar daripada China untuk belajar di Malaysia, juga menjaga kebajikan pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di China. Selain daripada menerangkan tentang tugas-tugas, banyak juga perkara-perkara lain yang diterangkan kepada kami, termasuklah tentang gaya hidup di Beijing.


Ok kira last day la 15.06.09 ni, lepas ke embassy, Shopping some more. Crocs kat sini murah gile, ok memang la tak original punyer. tapi tak nampak kecacatan pun. Serious sama macam yang ori. Satu pasang kanak-kanak leh dapat 25 yuan, dewasa 30 yuan. Ni pun kat kedai terakhir. Memula kat market lain harga die 100 yuan.


Till then bubye Beijing.Hello Malaysia. Next time ke Portugal pula. Haha berangan. More pic will be uploaded to flickr soon. nanti aku link la. mekaseh~ :wink:


Amy's Flickr


Tuesday 23 June 2009

• Durian Dan Choc Cupcake •


Durian-durian free.mari-mari pilih-pilih.


Kalau tengok kiri kanan jalan nak balik kampung, mesti nampak ade ramai orang jual Durian. wOoh musim durian dah datang. yEah. Dari balik from beijing arituh nak makan,sebab kat sana pun ada jual durian, tapi disebabkan batuk, 3 ari duk kat jb tak pegi pun beli. Tetibe balik umah mersing je, abg halim hantar durian seguni ! rezeki-rezeki. malam tu jugak makan. tak kesah dah batuk ke tak, asalkan dapat makan durian.:smile:Puas makan durian? tak la. yang lebih sambung untuk makan hari berikutnya.



Durian yang dijual di pasar buah Beijing, semua terikat sebab smua dah merekah. mesti dah terlebih masak.



Nyum-nyum...


Cite pasal choc cup cake, sempena hari ayah sedunia. ( sedunia ke ? ) aa lebih kurang la, angah g la buat choc cup cake nie, so angah dan adik2 decorate la ikut ske ati derang, untuk dibawa bersama time dinner sefamily di Mama Bedah Seafood Restaurant di Pantai penyabong, lebih kurang 45 minit dari mersing. Tapi takde la nak celebrate father's day sangat pun, ni lebih kepada makan malam bersama keluarga. Dah lama gak tak g makan sesama, ye lah abah duk jb, kiteorang duk mersing, weekend bila abah balik pun lebih shiok duk kat rumah. Ni kebetulan semua tengah cuti sem, so plan la makan sana makan sini. Tapi pape pun aunty bedah masak best~ ikan sotong ketam semua fresh. Terasa lagik kemanisan ikan bakar semalam. Ok gambar-gambar.



Angah,adik,ateh & mina interframe dengan abah. Selamat Hari Bapa.Semoga sehat & happy2 always.Thanks 4 4everything . (ucapan sama je macam time wish birthday :mad: )



Ketam masak Blackpepper

• Beijing 11.06.09 •

Ok jom ikut kiteorang xplore Beijing some more. Pada hari kedua  kami disini, Ah Hua telah membawa kami ke beberapa tempat yang menarik, but mostly tempat yang memang nak habiskan duit kiteorang. Haha



Proses mengukir jade berbentuk bola-bola api


Seawal jam 9 pagi kami bertolak ke Beijing Banner Jadeware City, ok obviously tengok nama tempat pun tau ni adalah tempat jual Jade kan, kat sini kite leh tengok macam mana Jade dihasilkan. Untuk pengetahuan semua, jade hanya boleh dibuat dan diukir oleh lelaki sahaja, pekerja perempuan boleh polish jade tuh sahaja. Jade ni terbahagi kepada dua iaitu Soft Jade (nephrite) dan Hard jade (jadeite).Harga-harga jade ni tertakluk pada gred dan warna jade tersebut. Kalau putih lagik mahal, kalau dah hijau murah sket. camtuh la. sebab kalau kita beli yang warna putih, lelama nanti color die akan berubah jadik hijau. Extra info dari sudut Feng Shui, kalau sesapa yang beli jade berbentuk KOBIS BUNGA make sure kalau time letak kat rumah, bahagian yang banyak daun tuh menghadap pintu rumah, yang akar die ngadap dalam rumah. For more info pasal jade ni boleh pergi ke bonajade untuk keterangan lanjut tentang Jade.



Jade symbolizes beauty, nobility, perfection, constancy, power, and immortality in Chinese culture.

Lepas puas tengok Jade, kami dibawa ke kedai crystal pula. Ni lagik laa pening kepala tengok, crystal bersinar-sinar. Macam-macam bentuk aksesori ada, dari cincin,kepada brooch. Memang si Ah Hua ni nak suh kiteorang pokai duk kat beijing nie. :roll: kat sini takde la beli pape, just rantai je untuk adik-adik. Then amik gamba sini sana.



Proses membuat pasu atau cloissone



Bergambar dengan patung-patung askar di luar Golden Palace


Dah pening tengok crystal, makan time. yeah kali ni ah Hua bawak g tempat makan yang berdekatan dengan greatwall, restoren ini juga merupakan kedai atau kilang yang membuat Cloissone , ia sejenis enamelware or macam pasu-pasu china yang kite slalu tengok tuh. Telah wujud di Beijing pada dinasti Yuan. Cloissone ni melambangkan pangkat dan status bagi sesebuah keluarga di China. ( Kepercayaan mereka la kan ). Tapi Ah hua dah pesan awal-awal, jangan beli barang kat sini,sebab harganya agak mahal. Kat pasar boleh dapat lagi murah.tapi sesapa yang nak beli gak boleh je. Makanan kat restoren ni plak not bad, dan bagi kami yang beragama Islam, ada ruang khas untuk makan, iaitu ditingkat atas skali, dimana disediakan surau bagi kemudahan para pengunjung. Golden Palace nama tempat dia.



The Greatwall Of China


Destinasi seterusnya, lepas makan tengah hari, kami telah dibawa ke The Greatwall Of China, yaa~ tak sabar nak daki tangga yang beribu dan kecik-kecik tuh, tujuan utama nak sampai ke  menara terakhir, sebab nak beli plague yang boleh tulis nama bukti dah naik ke tembok besar china macam angah dan ateh buat dulu 8 tahun lepas. Tapi, haha tayah susah-susah, kat pintu masuk pun dah jual dah bende tuh. Ok naik sampai menara pertama je. Penat sampai nak tercabut kepala lutut. Biasalah stamina ciput ahhaha. Sape yang sampai atas tuh tahniah :cry: view di atas adalah berbeza dengan yang time nak daki tuh.



Greatwall ni wujud pada zaman dinasti Qin, ianya dibina untuk menghalang musuh untuk menyerang China pada ketika itu, exspeacilly serangan daripada orang mongolia. Semasa proses membina tembok besar China ini ramai rakyat yang pergi membinanya telah terbunuh. Lebih kurang 2-3 million orang yang terbunuh. Kalau yang pergi bekerja tuh ada 1000 orang, hanya lebih kurang 50 orang je yang selamat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing. :???: Kami masuk ke Greatwall melalui pass Ju Yong Guan atau lebih dikenali dengan nama tempat BADALING ( bukan petaling yer ).



"North Pass" of Juyongguan pass, known as the Badaling. When used by the Chinese to protect their land, this section of the wall has had many guards to defend China’s capital Beijing. Made of stone and bricks from the hills, this portion of the Great Wall is 7.8 meters (25.6 ft) high and 5 meters (16.4 ft) wide." Untuk Maklumat Lebih Pegi Sini The GreatWall Of China


Stakat 1st tower je mampu nak daki.hahah maintain2 senyum


Lama gak la lepak di Greatwall,cuaca pada masa tuh panas tapi berangin. Ok la takde la rasa nak pengsan sebab panas sangat. Tapi pengsan sebab penat sangat haha. Sesapa yang nak daki tangga Greatwall berhati-hati sebab tangga die tak sekata. Time nak turun pun seriau. Ade yang tinggi ada yang rendah.Bukan macam tangga kat soping complex ke apa,kaki kene angkat sampai ke pinggang untuk naik anak tangga seterusnya. Imagine-imagine. Then ada gak sesetengah greatwall yang dah rosak dan tak dipelihara, batu-batu dia orang amik buat rumah.



Kami before mendaki.Muka semua berseri


Selepas ke Greatwall, smua muka penat, tapi jalan tetap jalan. Next destination adalah Kilang Ubat atau Beijing Medicine Centre, disini ada diterangkan tentang ubat-ubatan yang bagus seluruh china. Contoh ubat krim untuk kesan kulit terbakar. Orang tuh siap buat demo pegang besi panas, then lepas sapu ubat tuh takde kesan parut pape. Tere? tapi bukan slalu pun orang terbakar kan. aku tak beli pun, sebab kat rumah ada lagik ubat tuh tak pakai. Gile lama kan. Ada lagik ubat-ubat lain seperti ubat resdung dan minyak pelbagai guna. Kebanyakkan pekerja di kilang-kilang yang kami pergi semua boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, ada juga yang boleh bertutur guna bahasa melayu. So tayah risau kalau ade banyak soalan nak tanye.



Di Dr Tea Tea House, kembung minum teh cina.


Lepas dah tengok show tangan terbakar, kami dibawa ke Dr Tea , dimana kami telah diperkenalkan kepada beberapa jenis teh china yang glamour di sana. Minum free, tapi biasa la teh cina smua sama je tawar. Bau je yang berbeza. Setiap kali pegi makan pun ada serve teh cina, air lain memang takde, kalau nak air masak or ais kosong, kene mintak, tuh pun nasib la kalau kedai tuh ade sediakan mineral water. Teh cina ni walaupun tawar, tapi die ada banyak kebaikan, antaranya boleh menghindarkan toksin yang ada dalam badan.Boleh melancarkan perjalanan darah, baik untuk kulit, mengurangkan rasa stress, bagus untuk insomnia ( teh dacampur dengan madu ), good for digestion,help to restore energy dan banyak lagi. Sesapa yang suka minum teh cina tuh teruskan ye.Ada beberapa jenis Teh Cina yang diperkenalkan iaitu White Tea,Golden Green Tea ( Slimming tea ) , Oriental Beauty ( The King Of Oolong Tea ), Jasmine Tea, Litchi Tea ( Black Tea ) dan juga Ginseng. Semua diberi rasa percuma. Buat on the spot, panas gile. Last bile dah kasik minum tuh mesti la ada barang yang kene beli kan. ehe harga die takde la mahal dalam 120 yuan sebalang kecik tuh.kalau yang besar 200 yuan, boleh gune bertahun, sebab daun teh ni boleh guna berkali-kali bile dah direndam dalam air.


Okeh itu destinasi terakhir kami pada hari kedua, on the way balik ke hotel, pegi makan malam dulu. Malam pulak, kuar beramai-ramai jelajah sekitar hotel lagi. Di sekitar jalan, para penduduk akan membawa anjing-anjing peliharaan mereka yang cumel-cumel kecik-kecik jenjalan, so hati-hati supaya tak tersalah pegang walau ingat anjing tuh teddy bear.



Aktiviti terakhir, jalan-jalan sekitar hotel. Ada KFC. tapi ni singgah amik gambar je, selepas penat lari lintas jalan sebab takut kene langgar dengan basikal, dan juga lari belakang kereta sebab takut anjing comel kejar.


Kiteorang g makan KFC ke tak? nak tau? tunggu update seterusnya pada hari ketiga.empat dan seterusnya. Esok cite pasal kami ke Peking University and Embassy of Malaysia plak k.

Sunday 21 June 2009

• Beijing 10.06.09 •

Pada 10th June, seramai 28 pelajar dari fakulti sains komputer, Universiti Teknologi Malaysia telah bertolak ke Beijing China dari KLIA, diiringi dengan 2 orang pensyarah iaitu Dr. Othman dan PM. Azlina . Rombongan ( macam rombongan cik kiah plak nieh) kami ke Beijing adalah bersempena dengan Delegasi Akademik dan Teknologi atau juga dikenali sebagai BARA selama seminggu yang dianjurkan oleh Persatuan Sains Komputer UTM ..... :oops: .....



Bergambar time baru sampai. *mata tak bley bukak,matahari terik woo*


Gile skema la aku type macam nak buat skrip baca berita haha ok back to normal style. So kiteorang pun belepas la dari KLIA, sampai kat Airport Beijing jam 6.40am camtuh la, gile pagi weh, tapi sesampai je hari dah cerah dah macam kul 9 am. sampai je smua gile semangat pakai mask, ye lah untuk langkah-langkah keselamatan kan H1N1 da berleluasa skang. Macam apa je jalan beramai-ramai dengan baju pilot ape bagai, pakai mask. Orang sana tengok seyes pelik. Kami telah disapa oleh pemandu pelancong kami yang berasal dari indonesia, tapi die cina la, cakap melayu pun melayu indonesia. ( bisa lihat ya bangunan-bangunan di sekitar, ya bisa bisa .. ) .



Tarik beg masing-masing yer, jangan lupa pakai topeng gaban


Memandangkan waktu awal lagi, nak check in hotel pun awal sangat, kul 2 baru bley check in, so  Ah Hua ni bawak kiteorang pusing-pusing di Tian An Men Square dan Forbidden City.On the way pegi ke 2 tempat ni ( Bersebelahan je tempat ni ) , Ah Hua pun terangkan la serba sedikit tentang bandar Beijing ni. Menurut beliau, Beijing tahun 2009 adalah sangat berbeza dengan Beijing pada 10 tahun yang lepas. Sekarang ni, bangunan semua tinggi-tinggi dan canggih-canggih, tahap kebersihan bandar pun dah meningkat. Sebab kerajaan mereka dah kuat kuasakan denda kepada mereka yang buang sampah merata-rata, sekali buang sampah denda 25 yuan, 2 kali 50 yuan, 3 kali masuk lokap. Penduduk di China adalah seramai 1.3 billion orang, dan besar Beijing adalah 5 kali besar Kuala Lumpur. Bandaraya Beijing merupakan bandar pembangunan politik, manakala Shang Hai pula merupakan bandar pembangunan ekonomi China . ( baca ikut nada pembaca berita ye ) .


Pastuh, Ah Hua cite apa pun macam sayup-sayup je sebab layan mata tido, dengan traffic jam nye lagik. Ah Hua cakap, kat sana kalau orang kata lagi setengah jam nak sampai, makna nya lagik 1 jam, kalau lagik 15 minit nak sampai maknanya lagik setengah jam.Traffic kat sini lagi gila daripada traffic jam kat Malaysia. Di Beijing, pemandu-pemandu tak ikut sangat traffic light, jalan je, hon je manjang. Kereta dan basikal berlumba-lumba. Orang lintas jalan pun selamba je lintas, kereta hon pun buat muka dunno. Kat sini korang takkan nampak motorsikal, sebab penggunaan motorsikal dilarang. Basikal ramai lah orang guna. Yang jalan kaki pun ramai.



Group photo di Tian An Men Square dan di depan pintu masuk utama Forbidden City


Lebih kurang sejam lebih, kami pun sampai  ke destinasi pertama lawatan kami iaitu TIAN AN MEN SQUARE & THE FORBBIDEN CITY , cuaca adalah sangat panas pada waktu ni, ye skang ni pun musim panas di China. Baru kul 9 lebih, orang dah ramai dah kat Lapangan Tian An Men tuh, semua bangsa ada, cina, omputih, melayu etc. Kat sini lepas diterangkan serba sedikit pasal sejarah Tian An Men Square ni, agenda seterusnya amik-amik gamba la kan. So Ah Hua bagik la masa dalam setengah jam untuk begambar kat kawasan sekitar Tian An Men Square before masuk ke Forbidden City. Tengok gamba dulu ya.




Museum Mao Zhi Dong. Ramai orang beratur nak masuk dalam museum tuh.


Lepas ni kita terus masuk ke Forbidden City yang ada 7 pintu kesemuanya. Ada lagik pintu yang tak masuk.Sebab da penat jalan.Aku malas nak type dah nie, nanti esok kite tengok apa aktiviti hari kedua.



Sekitar Tian An Men Square. Bunga-bunga macam tuh banyak di sepanjang jalan di Beijing.Ada gak bunga rose. Memacam warna ada. Kat sini agaknye nak bunga rose tayah susah-susah beli. petik je kat tepi jalan.save budget!



Pintu pertama di dalam Forbidden City. Setiap pintu ada nama masing-masing dan akan membawa korang smua ke ruang bilik yang berbeza bagi maharaja ketika itu. Seperti ruang meeting,ruang kerja,ruang salin baju,ruang tidur, ruang istirehat,tempat nak simpan sutera dan emas pun ade ruang masing-masing. Imagine je la 7 pintu. Ada lagik tapi atas bukit dan jauh sikit. Sangat la penat nak daki, so tak pegi.



Di hadapan toilet berbintang tiga * Tengok Kat papan tanda kat dinding tuh *. Di Beijing toilet dia ade bintang, ade bintang satu sampai bintang 7, tapi walau sebanyak  mana pun bintang, air tetap kene bawak sendiri. Setiap tandas ada air di sinki je, dalam toilet takde.


Selesai jalan, semua muka dah lepak, so Ah Hua pun bawak la kiteorang g hotel untuk check in and makan ( Nanti aku cite pasal makanan plak k). Kami smua tinggal di Majesty Hotel ( Lou Ding Hua Hotel ) , hotel ni kira dekat gak laa ngan tempat-tempat nak jalan-jalan dan pasar. So boleh jalan sendiri.


Sempat rehat 2 jam je kat hotel, tepat jam 4.30pm kami smua dibawa pula ke kilang sutera. Ha kat sini la duet aku start abis banyak. phew menyesal tak sudah. haha lepas ke Kilang Sutera pegi makan malam pula. Lebih kurang jam 8pm, kami pergi ke Beijing Arts School ( lebih kurang la nama,tak ingat nie ) untuk menonton persembahan acrobatics. Di China tedapat 2 show yang terkenal iaitu acrobatics show dan juga kungfu show. Chinese opera tak dikira show, tuh kira macam music.



Awek ni bukan tidur, aku tersnap gamba die time die pejam mata. Gamba lain yang ok smua corrupted virus durjana makan. * sedey aku :cry:, takpe la redha walaupun lebih kurang 100+- gamba yang corrupt :mrgreen: * Gadis cantik ni, walaupun badan die kecik, tapi die boleh angkat satu pasu yang gila besar guna kaki dia, dan guling-guling kan buat macam roda. Bukan pasu kosong, tapi pasu yang ada orang duduk dalam dia. Imagine je la ekh korang,takde gamba ni. Tere ah amoi ni. Fewit :lol:



Abish show malam balik bilik, jalan-jalan kat sekitar hotel, kenal pasti ada kedai apa smua, baru lah balik bilik tedo. Esok ada aktiviti lain plak. Ok later ya. nanti aku cite pasal g Greatwall dan summer palace plak.