Friday 11 February 2011

• Whisk . macaron. red velvet •

Assalamualaikum. Semakin menjadi-jadi kegilaan terhadap benda manis. Macam mana nak kururs? hahah elak dapat kencing manis je phew. Mintak dijauhkan lah. Semalam ajak angah pergi ke Empire Shopping Gallery semata nak cari benda manis.



♥ comel tak tulisan ni .? haha . apa ntah nama die, nnt aku bitau ♥


ok laa tipu je, sebenarnye ada hal la sket kat sana, dah alang-alang sampai, makan laa kan. Setelah settle hal-hal yang sepatutnya disettle kan, jenjalan laa cari benda manis. Kat sini banyak benda manis ok pastu tak ramai orang sangat tuh yang best. (atau mungkin time aku pergi tak ramai orang,aku tatau laa kan) By the way, ok angah suggest kat aku pegi try kat Whisk Bake Shop, di mana kawan aku juga pernah lah sebut-sebut nama kedai ni.   Kedai ni bebetul kat sebelah Jaya Groceries kat Ground floor tuh.



♥ Ini pintu depan. tapi xde pintu belakang.♥


Kedai die takde la besar.Kecik kot! memula aku diri kat cashier, sebab kene pegi order sndrik, style ala-ala macam starbucks kan, kalau sorang-sorang takpe, cuba kalau 3-4 orang nak oreder skali, ok memang boleh lemas. Tapi ada banyak pilihan cake korang boleh order, contoh nya Red Velvet cake, Apple cake, carrot cake. Then cupcake smalam aku nampak red velvet je. Kemudian ada macaron 3 size, small,large dengan extra large.



Harga  untuk satu slice cake ialah rm 11.90 , tapi puas laa weh nak makan,manis gila. hahah ye puas hati.



Ini macaron tu, kiteorang amik yang medium ke large size tatau lah, tapi mcm normal size lah kot. Yang small tuh kecik gila, macam skali ngap je dah habis. Yang ni harga RM 5.5/pcs, kalau yang extra large tuh RM 8, yang small tuh aku rasa RM 2.50 kot. Ini pun tak habis ok. Aku take away satu kasik kat kawan aku hahaha.



Ini biasalah peneman aku kat Kotaraya ni hahaha. Adik aku ni tak kuat makan , die slalu pun teman je, tu laa die kurus. hahaha aku ni pantang nampak. Air tu pun kiteorang share 2 orang, tapi aku rasa air die agak mahal lah. RM 17.80 maybe guna caramel mahal ke apa tatau la.


Ok itu sahaja aku nak kongsi dengan korang hari ini. Kali ni aku tulis sesiap harga, sebab nanti kalau korang nak try makan kat sana, dah tau lah harga die. Senang sikit takde tertanye-tanye. Ok bubye semua. Hari ni aku ada order macaron dekat fb, tapi nanti la dah dapat baru aku bitau korang k.


No comments:

Post a Comment