Assalamualaikum. Harini aku merajinkan diri untuk becerita tentang trip aku & aslina ke pulau sentosa, untuk pergi ke Universal Studio & exploring Sentosa Island. Since kami berdua akan menjadi isteri orang tak lama lagi, so konon-konon macam
bachelorette trip lah kan ekeek.
|
Di pintu masuk USS, kung fu panda datang greet |
Kiteorang stay sini 3 hari 2 malam di Michael Hotel Sentosa Singapore, i will tell u guys bout the hotel in another post k. Harini kita focus pada Universal Studio je. Aku suka pergi universal studio ni, sebab setiap kali datang mesti ada perubahan. Masa 1st time ke sini, tempat ni baru bukak, so tak banyak benda yang boleh dimain. 2nd time pergi dengan family,seronok sebab dah ada banyak permainan , dan yang paling best pergi pada kali ke 3 ni, sebab ada Transformers 4D, ini sebab utama aku pergi lagi USS haha.Tak boring.
|
props yang terdapat di sekitar kawasan USS, terdapat juga booth2
yang jual souvenier kat tepi-tepi kaki lima. |
Sampai pintu masuk USS seawal 9am, memang antara peserta terawal lah nak masuk, kene beratur dulu dekat gate masuk dia. Ticket dah ada awal-awal,kiteorang dapat ticket free weehoo! pergi pulak weekdays, so tak berapa nak ramai orang sangat. Dapat je masuk, aku & as terus pergi dapatkan peta theme park & show time. Penting ye kalau nak pegi uss make sure korang amik die punya map & show time. senang nak arrange masa nak main apa dulu, nak amik gambar dengan characters, nak tengok show etc. Sebab kalau weekdays, uss bukak dari jam 9am sampai 7pm je, kalau weekend 9am-9pm.
|
Ni gambar kat area madagascar.kat sini ada
game yang sesuai dimain oleh kanak-kanak |
|
Ini di kawasan far-far away & rumah shrek , notice the uniform of the staff, comel. |
Setiap permainan kalau nak main kene beratur,biasalah kan ni, tapi kalau hari yang ramai orang, beratur untuk naik rollercoaster yang 5 minit tu mungkin ambil masa 30minit hingga sejam, kalau nak dapat main semua game kat USS, time management kene betul lah. ekkeek Kalau taknak beratur, korang tambah S$30 untuk setiap ticket untuk dapatkan fast lane. Tapi fast lane pun korang boleh guna sekali je, maksudnye lepas dah skip tayah beratur untuk 1st time ,dah main huhahuha, nak pegi main 2nd time game yang sama, yes kau kene beratur balik. Fast lane tix tidak berguna lagi.
|
Antara charaters yang sempat di kejar & snap gambar. |
Character meetup & greet, ini memang akan sentiasa ada dari bukak je USS sampai lah tutup , tapi ikut nasib juga kekadang sebab character ni dia keluar kejap je dalam 10minit camtuh, pastu dieorang masuk balik bilik rehat kot, pastu character lain pulak datang belegar-legar disekeliling USS ni. Nak amik gambo dengan character ni tak boleh main redah je, kau kene beratur lah ye. Ikut orang yang bertugas tuh kalau die suh beratur kat situ,beratur je, nak amik gambar ( tayah bayar), kau beratur, sampai turn kau, pass je camera dekat person in charge tu, pose, snap ! ok dah amik camera, pegi tempat lain. Jangan amik masa yang lama untuk begambar, sebab kesian orang lain. Selalunya person in charge tu akan cakap, amik gambar in group lagi bagus drpd sorang-sorang. Contohnya kau pegi ngan kawan kau, tapi nak amik gamba sorang-sorang guna satu camera,memang kekadang dieorang tak layan.
|
Di water world,kat sini korang boleh pilih nak duduk
dekat tempat yang soak wet, wet atau tak basah langsung.
tunggu sampai habis pesembahan, nanti boleh bergambar dengan
pelakon nya. |
Dekat USS ada banyak show juga ye, kalau korang datang weekend, korang bepeluang tengok
Parade dia. tapi kalau weekdays, takde parade tapi boleh tengok show lain (ini ada jadual dia) . Contohnya seperti
Lights,Camera, Actions , Monster Rock, WaterWorld (ada 2 masa sahaja) , Madagascar Boogie-boogie ( Characters meet up), Donkey Show,Transformers 4D, Shrek 4D.
|
New attraction : Transformers |
|
Aku belakon je tuh naik tempat duduk dia. aku tak berani
naik rollercoaster ni, nak tecabut jantung masa 1st time naik dulu. |
Dekat USS korang nak main apa semua free kecuali rock climbing dekat area jurassic park , sebab ada juga yang pernah tanya aku, kene bayar berapa plak nak naik rollercoaster semua. Satu ticket masuk tuh dah meliputi semua game& show& amik gambar dengan caharacters, kecuali kalau kornag nak makan , beli souvenier, beli gambar masa naik rollercoaster etc. Ada juga tempat yang ada sediakan bergambar bebayar, maksudnye dia amik kan gambar kau, siap cuci skali pakai camera dia, satu gambar tu S$12 sekali dengan frame kertas ikut theme, tapi kalau korang taknak beli pun tak apa, pass je camera korang kat person in charge.Nanti dia akan snapkan. Tempat yang ada service ni dekat
Madagascar, Jurassic Park & Transformers.
|
Di kawasan Jurassic Park , kat sini kene pakai baju hujan tuh.
nanti ada naik bot bulat time tuh lah kita basah.Kasut semua lah basah. |
|
Kawasan Revenge of the mummy , kalau nak try naik rollercoaster
begerak secara reverse (gostan) sini lah tempatnya. |
Halal Restaurant in USS ok ya
ng ni korangjangan risau, kat dalam USS ada restaurant yang halal yang korang boleh masuk. Nanti ambil peta USS , kat sana ada tunjuk Mana satu restoren halal, ada simbol.
Mel’s Drive In, Friar’s, Goldilocks, Celebrity Café & Bakery, Oasis Spice Café and Marty’s Casa Del Wild. Ini restoran yang korang boleh masuk makan bagi yang muslim. Harga makanan dia standard contoh macam set nasi beryani ada ayam masak merah + air + desert semua S$14.90 kot . Nak makan nasi-nasi pegi ke Oasis Spice Cafe kat bahagian Return of Mummy, kalau nak ayam goreng Pegi kat Far Far away Restoran Friar's, kalau nak makan burger pegi kat Mel's Drive In kat area new york.
|
Nasi beriyani S$14.90 ( kalau tak silap) |
Beg kekadang dia tak check pun, so korang boleh bawak air ke apa. Tapi jangan obvious sangat bawak makanan banyak-banyak kan. Ini aku copy & paste daripada website dia.
Acceptable items:
- Bottled water
- Any food required for medical purposes and medically–indicated nutritional supplements
- Any food required for special dietary needs
- Baby food/baby formula
- Soft-sided insulated bags no larger than 8.5” wide x 6” high x 6” deep (216mm x 152mm x 152mm)
Prohibited items:
- Picnic lunches
- Alcohol
- Hard-sided coolers and glass containers
- Soft-sided coolers larger than 8.5” wide x 6” high x 6” deep
- Coolers, suitcases, and bags with wheels
Please be advised that all bags and personal items are subject to inspection.
Sesiapa yang ada anak kecik ada bawak stroller, jangan risau stroller korang boleh bawak masuk, siap ada tempat parking stroller lagi. Kemudian ada beberapa permainan yang akan buat korang basah. Kalau nak bawak baju hujan siap-siap dari rumah pun boleh, kalau nak beli pun boleh, set untuk kanak-kanan dan dewasa, ada 2 raincoat S$3 , boleh beli dekat vending machine. Ride yang mungkin buat korang basah ialah dekat
Jurassic Park Rapids Adventure® (The Lost World®) , dan juga masa tengok show dekat water world.
For more info korang boleh check dulu kat website Resort World Sentosa : Universal Studio ni dulu kalau nak check apa-apa.
Tips:
1. Pakai pakaian yang selesa. kalau boleh bawak lah baju spare.Kot-kot nanti baju basah ke.
2. Pakai kasut yang selesa atau selipar je, jangan pakai heels, kekeke. Ada few rides, yang korang kene
bukak kasut contohnya macam naik Battle Galattica Human & cyclon rollercoaster.
3. Bawak bekal air mineral banyak-banyak kalau taknak beli. Tapi kalau nak refil boleh je.
4. Bawak camera hahaha. amik gambar kat setiap ceruk kawasan. ewahh