Showing posts with label taroyami dessert. Show all posts
Showing posts with label taroyami dessert. Show all posts

Thursday, 24 May 2012

Time To Bla Bla Bla

Assalamualaikum.

Hye aku malas nak kerja sekarang. herm tatau lah apsal down sangat sejak dua tiga menjak ni. Tapi kalau tak kerja mana nak dapat duit kan.ish ish ish dah la nak kawin ni, untuk sebelum kawin aku tak risau sangat, tapi kehidupan selepas kawin tuh, mesti nak guna banyak $$$ (terus jadi mata duitan) hahaah . Tetiba memacam masalah pulak datang, tension kepala iolls. tapi nak buat macam mana, just go with the flow.Heharap semua masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin, dan aku takyah nak pening-pening kepala lagi.Aku juga yang datangkan masalah ni, padan muka awak amy.Harap ada orang betepuk tangan di belakang sana.

Kekadang aku fikir, bagus juga kalau jadi orang yang heartless, tak payah pening-pening kepala fikir masalah. Relax je. Tapi tak beperasaan ni macam robot je kan? Anyway, boss aku selalu kata aku takda kerja, padahal die tak ingat kerja yang die bagi betimbun-timbun itu. Nampak sangat aku buat kerja die selalu tak nampak. Patut lah semalam tetiba datang tempat aku bagi kerja baru buat catalogue, padahal kerja kat tangan  aku ada lah dalam 6-7 kerja yang semua dalam proses nak siap. Yes kene multitasking, sebab nanti tak sempat. Tapi itu pun kekadang orang tak faham.

Dah malas nak fikir panjang-panjang, kekadang rasa macam nak lari dari realiti kejap kekeek tapi tak kesampaian,so lari ke singapura je lah selalu. Terima lah gambar makanan ni yang aku sebenarnye nak hantar dekat #instacharity tapi tak menepati syarat pulak. Dia nak satu A4 ada 4 keping gambo je, aku ni letak sampai 40 keping satu A4 hahaha memang terus disqualified lah kan.  Semua gambar ni aku amik guna iPhone je, tapi amacam cun tak? hahah

Aku ni suka makan tapi aku tak reti masak.Harap bakal suami terima seadanya.

Saturday, 3 March 2012

Taroyami - Mount Austin

Assalamualaikum. Sejak 2-3 menjak ni, banyak pulak restaurant / cafe yang jual dessert-dessert daripada Taiwan ni. Kebanyakkan ada beroperasi dekat area-area Taman Sutera & Mount Austin.Aku pun tau bila ada sorang officemate aku ni, memang rajin pergi makan dessert, dia yang bagitahu aku pasal tempat-tempat makan yang best. Contohnya macam haritu aku ada cerita pasal Sweet Hut kan? So harini aku nak cerita pasal kedai sebelah dia, nama Taroyami.



Taroyami ni merupakan kedai yang jual dessert berasaskan Taro dan Yam . Sedap ok. Ingredients die ada taro & yam of course, pastu ada grass jelly ( cincau ) kemudian boleh pilih nak letak red bean ataupun pearl yang macam dalam coolblog tuh ataupun benda lain ,agar-agar ke apa. Kemudian kat bawah bahan-bahan tuh ada snow ice air tauhu, best gila. Ada macam-macam lagi perisa sebenanrnya korang boleh pilih, cuma aku pilih yang famous lah kan. Disebab kan aku tak suka red bean, so aku mintak tukar kepada pearl.

1. Order number ★  2. signboard taroyami mount austin ★   3. decoration dekat counter. ★   4.ini counter dia.

Ok gambar kat atas ni yang no 1 tuh, benda bulat hitam tuh ialah number oder kita, kalau makanan korang order dah siap, nanti benda ni akan berbunyi pastu menyala lampu merah. Coolio kan. kemudian dekat counter dia pun menarik, die hias dengan racket tenis tapi takde string dia. Cara-cara nak order kat taroyami ni senang je, dia semua self service macam kornag pergi starbucks or KFC , sampai je pegi kat counter, tengok nak pilih makan apa, bayar, kemudian tunggu. Lampu menyala, benda bulat bunyi boleh pegi amik order. Senang kan?

Antara deco di dalam restaurant Taroyami. 
Unik kan lampu dia? 

Ok yang ni pun singnature dish juga. Crispy Banana. Pisang dibalut dengan kulit popia.

Overall kedai ni sesuai kalau nak melepak minum petang, satu mangkuk taroyami tuh boleh nak share 2 orang sebab mengenyangkan sangat. Macam kita makan bubur chacha. Harga semangkuk Taroyami ni around RM6.90-RM8.90. Kalau untuk yang crispy banana tuh RM 4.00. Dia ada juga side dish yang lain macam fries,calamari etc. Air pun ada jugak, tapi macam air bubble tea tu lah . Design kedai pun comel je, tapi aku dengar cite taroyami branch taman sutera punya lagi comel. Tak bekesempatan pulak nak pergi ke sana.

Kalau nak try ke Taroyami boleh pegi ke Taman Sutera or Mount Austin Jb ok.

Taroyami ( Taman Sutera)
37, Jln Sutera Tanjung 8/3
Tmn Sutera Utama
81300 Johor Bahru (Skudai)
Johor Malaysia.

Taroyami ( Mount Austin) 
51, Jalan Austin Height 3, 
Taman Mt Austin, 81100, 
Johor Bahru . 
(sebelah dengan Domino's pizza)

Ok tuh je till then bye.