Thursday, 19 September 2013

Ohaiyo

Dapat pergi bercuti hilangkan tension sekejap pun rasa macam seronok sangat.Walaupun tak jauh, yang penting dapat spend time bersama dengan suami & lupakan tentang perihal kerja sekejap. It's not about where you had been, what you had done, but with who you go and do it. Hehe ewah sangat kan grammar lintang pukang.







3 hari 2 malam, bukan la lama. Tapi itu lah dia nak dapat cuti bukannya senang ye tak, syukur dapat lari kejap hahaha. Kebetulan masa ke KLCC , ada harley davidson day, dapat lah Mr. S Melaram kejap dengan harley-harley yang ada dekat sana. And i did some shopping too, time pergi KL lah dapat beli macam-macam, sebab kebanyakkan kedai dekat KL ni tak ada di JB, kalau ada pun kena pergi ke Singapore, leceh juga ye kadang-kadang. Puas hati dapat beli barang idaman hahaha.

Satu malam di KL, dan satu malam di Melaka, amboi kejap bebeno, tapi ok lah dapat pergi banyak tempat , kalau pergi Melaka, mesti lah nak singgah Jonker Walk tu, dan tak sangka sekarang Melaka dah semakin happening. Oleh sebab kita orang tak tahu nak buat apa dah malam tu, marilah sesama naik menara Taming Sari. Hahaha comel macam rombongan sekolah. :) 

Sebelum balik ke JB , sempat singgah di Rengit tengok-tengok kedai perabot terpakai di Kg. Org Asli. Macam-macam ada jual dekat sini, termasukkan camera Seagull ni. Till then. Cuti Hari Malaysia kami.





Thursday, 5 September 2013

Don't Sweat The Small Stuff

Hye. Tajuk tak boleh blah nak gempak je. Sebenarnya tu tajuk buku aku tengah baca sekarang ni.
Bagus juga lah buku ni untuk orang yang macam aku, jenis yang benda kecik-kecik pun nak fikir sampai beberapa hari. 
Padahal tak payah pun tak apa, tapi sebab dah train kepala macam tu, sampai kadang-kadang rasa penat nya nak fikir benda remeh temeh, 
kalau tak fikir takut jadi lain pulak.
Haa tu laa bila baca buku ni, macam membantu lah juga. So lepas ni, fikir benda yang penting je, 
yang tak penting kita letak tepi je dulu. 
Sekarang tengah tak sabar untuk menghantar surat. Surat apa? jeng jeng jeng, nanti dah hantar baru kita cerita ok :) 
its kinda big decision for me sebenarnya, tapi takpe kalau tak cuba kita tak tahu masa depan kita macam mana kan. 
Kena buka minda dan terus maju kehadapan, wah gituu hahaha.

By the way korang perasan tak yang semakin kita berusia, semakin cepat kita rasa masa tu berlalu, ini dah bulan September, 
lagi 3 bulan dah nak masuk tahun 2014, kejap je dah setahun, masih banyak benda yang belum capai lagi tahun ni. tapi tak apa, 
kita jangan tengok apa yang kita tak dapat lagi, kita cherish apa yang kita dah berjaya capai. 
Untuk hidup yang lebih bermakna. hehe 

Harapnya dengan keputusan yang aku ambil hari ini, akan membawa keluarga kecil kami ke tahap yang lebih tinggi daripada sekarang, 
Aku yakin we can do it & Allah is there to help us go through all the obstacles . 
Insya Allah. Dan angan-angan aku untuk travel the world masih belum hilang lagi, 
cuma sekarang ni aku kena fikir macam mana nak pujuk suami aku untuk turut serta, 
ye lah kalau dia taknak, harapan laa aku nak dapat pergi kan hahaha. ( doa banyak-banyak supaya Sallihin setuju ) . hehe.

Recently on my instagram

Blackberry
Ini blackberry MIL tanam dekat tepi rumah. rasanya yang ni belom
 masak sangat lagi, kalau dah betul2 ripe dia jadi warna hitam lah hehehe
Manggis
Manggis ! memang ubat batuk yang berkesan haha 
01.09.2013 , family menghantar Amalina ke Terengganu
 untuk further study di UMT.
All the best Amalina 
Satu je aku harap TYPO ni ada bukak lah cawangan dia dekat JB ni.
Practice make perfect orang kata.
Dah setahun kawin, baru berkeyakinan nak masak kan
untuk family. :) 
Overall,syukur alhamdulillah.
Harap hari-hari anda juga indah insya allah . 
Jangan lupa spend more time dengan family, cherish all the small stuff in life. 

Tuesday, 27 August 2013

Memandu Dari Johor Bahru 2nd link ke Sentosa Singapore

Assalamualaikum.
Hye semua, harini nak cerita sikit macam mana kalau korang ( Malaysian ) nak drive kereta sendiri untuk pergi jalan-jalan ke Singapore, ni untuk yang 1st time nak pergi drive sendiri ke Singapore, kenapa yang da tau tu, kalau salah tolong betulkan ye thanks :) .

Nak masuk ke Singapore melalui jalan darat ada dua,
1. lalu CIQ JB ( Woodlands ) ini dekat tengah bandar Johor Bahru, memang laluan utama bas-bas, motor, kereta untuk ke Singapore.
2. Second link -akan keluar di Tuas.

Perkara-perkara yang korang kena ambil perhatian sikit sebelum nak bawa masuk kereta ke Singapore.
1. Pastikan road tax kereta korang tak mati lagi.
2. Pastikan dalam kenderaan korang takda benda-benda yang mencurigakan . contohnya macam parang ke     kan.
3. Masa sampai dekat Pegawai Kastam Singapore, korang kena lah hulur passport korang , make sure    
    disembarkation card  dah di-isi dengan lengkap, kalau belum isi, mintak borang tu dengan pegawai kastam     tu, pastu isi cepat-cepat. Kalau nak senang, masa kereta tengah    beratur lagi, korang lari lah kejap    
    ambil disembarkation card tu dekat kaunter pegawai tu. So bila dah sampai masa nak cop passport,  
    disembarkation card dah siap isi.

Contoh Disembarkation Card yang telah diisi. Picture taken from here .

4. Masa pegawai tu tengah check passport korang, masukkan AUTOPASS kereta korang kat machine    
    yang disediakan ( autopass ni macam touch & go, dia untuk bayar tol , bayar saman, bayar parking ,  
    digunakan untuk public transport dan lain-lain lagi) . Bagi yang 1st time drive pergi masuk Singapore    
    sendiri, korang boleh apply AUTOPASS ni dekat office kastam tu,lepas dah chop-chop passport, cakap
    kat officer tu 1st time masuk, nak buat AUTOPASS, nanti dia bagitahu nak pergi ke mana.

Ini adalah AUTOPASS yang korang akan dapat. 
5. Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk buat AUTOPASS ni tak banyak pun, korang kena ada
    ROADTAX yang hidup je,pastu bawak lah dokumen-dokumen macam insurans kereta ke apa kan, nanti
    lepas dah siap isi borang ( Boleh dapatkan online di http://www.lta.gov.sg ) , ada seorang pegawai akan       pergi dekat kereta kita untuk check roadtax,kalau ok, bayar $10, terus boleh dapat AUTOPASS. Kad ni     korang boleh topup dekat mana- mana cawangan 7-11 yang berada dekat Singapore tu. For more info         korang boleh check out this website    : http://www.lta.gov.sg > bahagian foreign-registered vehicles.
6. AUTOPASS ni kalau weekdays, korang kena bayar tol paling minimum baki dalam kad mesti ada $20,
    kalau weekends, korang just kena bayar tol nak masuk border dekat causeway tu je. $3.40 sekali masuk
    kalau tak salah, so kalau keluar masuk total $6.40. Tapi bagi yang baru buat kad, korang ada free 10 kali     lalu jalan bertol di Singapore masa weekdays. ( betulkan kalau salah ok , sebab ni yang aku faham) .    
    Kalau weekends, jalan-jalan di Singapore tak payah bayar tol.
7. Bayaran tol untuk guna Secondlink dari Johor Bahru ialah RM 7.80 , so pergi balik RM 15.60. Makse  
    sure korang ada Touch & Go, sebab aku rasa dia tak boleh pakai tunai. semua pakai card.
8. Bagi yang merokok, jangan bawak lebih daripada satu kotak rokok , kalau yang baru beli sila bukak    
    kotak rokok tersebut.Kalau bawak lebih sila declare. ( aku tak pernah lagi declare, sebab selalunya    
    husband bawak yang dah terbukak kotak dia).
9. Lastly, make sure sebelum keluar dari Singapore , autopass berada di tangan korang dan baki kad at least    $10, nak selamat topup lah $20, tapi make sure jangan kena saman lah.
10. Tuang minyak kereta penuh-penuh dekat Malaysia, supaya nanti takda lah korang susah-susah nak cari
     petrol station dekat Singapore nanti, minyak diaorang mahal daripada kita ye.

Lepas settle semua , yeay korang dah berada di Singapore dengan kenderaan korang sendiri. wohooo! ok sekarang ni lokasi sebenar adalah nak ke Sentosa Singapore ( tempat USS tu) . Kalau daripada 2nd Link korang nak pergi sentosa island memang senang sangat. Just kena take note beberapa jalan je. so jom ikut route kat bawah ni ok. Masa ketibaan lebih kurang 25 minit - 30 minit.

Keyword dia, Tuas- AYE- Exit 6 ( Alexandra Rd- Gillman Flyover- Teluk Blangah Rd- Sentosa Gateway. Korang boleh juga check dekat sini ye direction to Sentosa

1. Setelah selesai cop passport di custom 2nd link, anda kini berada di kawasan TUAS ( kawasan    
     perindustrian Singapore, ada banyak kilang-kilang di sini).
2.  Make sure korang ada di AYE toll road ( tengok2 papan tanda tepi-tepi tu ada tulis AYE) straight je           after immigration.
3. Cari EXIT 6 dan masuk ke Alenxandra Rd.
4. Stay kat lane kanan di Alexandra Rd.
5. Belok Kanan ke Alexandra Rd/ Gillman Flyover.
6. Belok Kiri ke Teluk Blangah Rd.
7. Belok Kanan ke Sentosa Gateway.
8. Yeay Dah Sampai Sentosa, cari singboard tulis Universal Studio & cari parking di sana.

Dah puas main-main dekat uss, jalan-jalan di Siloso beach sentosa, shopping-shopping di VIVO city, kalau korang nak pergi ke tempat lain, boleh naik MRT di station harbour front ( vivo city) . kalau taknak, korang nak balik dah, senang je, korang lalu balik jalan yang korang datang tadi.

Keyword nak balik . Sentosa getaway - Keppel rd/ Teluk Blangah rd - Kampong Bahru Rd - Lower Delta Rd- AYE - TUAS . Untuk lebih clear boleh check di sini direction to 2ndlink from sentosa.

1. Dari Sentosa Island, Trafficlight korang belok kanan ke Keppel Rd/ Teluk Blangah Rd.
2. Masuk simpang pertama ke Kampong Bahru Rd ( tengok singboard jangan terlepas)
3. Teruskan perjalanan di Lower Delta Rd. ( Traffic light straight je)
4. Masuk ke AYE dan ambil jalan ke TUAS. ( jangan risau semua ada signboard)
5. Straight je sampai nampak Immigration.

Dah sampai immigration, as usual kena lah hulur passport nak cop kan., jangan lupa masukkan autopass korang dalam machine yang disediakan. time ni lah dia akan tolak duit korang untuk tol ke, kalau kena saman pun dia akan bagitahu kat sini. So kalau rasa-rasa duit dalam autopass tu tak cukup, make sure korang ada cash yang mencukupi lah in singapore dollar.

Ok selamat memandu :) Nanti aku bagitahu jalan nak ke tempat lain pulak ok :)

Saturday, 24 August 2013

Happy Anniversary A & S

Alhamdulillah, its been a year now, daripada strangers yang memang tak pernah kenal langsung,sekarang he's my everything.syukur sangat , pejam celik tengok eh dah setahun dah bersama, daripada tak kenal-tak kenal, sekarang tinggal sikit tak boleh haha. Macam-macam berlaku, dari proses nak mengenali antara satu sama lain, sampai sekarang dah faham dengan perangai masing-masing, dah tahu dah Sallihin suka makan apa, suka buat apa, suka pergi mana, dan sebagainya.



Tengok ticker kat sebelah ni, ngam-ngam setahun 24082012 - 24082013, kalau ikut kalendar islam 6 syawal haritu , hadiah Sallihin pun aku dah bagi time raya haritu, double celebration lah kira ni hahah. Masa sebelum di ijabqabulkan, dalam fikiran memang celaru, macam-macam fikir, can i do that can i do this bila dah kawin nanti, dah la tak pandai masak, macam mana nak bagi suami makan. Tapi jangan tak caya lah, aku terer juga masak sebenarnya hahahahaha , aku pun tak sangka ok, sedap ke tak tu tak tau lah, tapi bila tgengok Sallihin makan selera je, sedap lah kot. Tapi sepanjang setahun ni bukan aku je sorang masak, Sallihin pun terer masak jugak ok.Banyak juga aku belajar masak dengan dia, macam-macam tips ada, nampak je pendiam ekeke.


Kronologi gambar di atas. ( Betul ke penggunaan perkatan Kronologi tu) Tahun lepas raya bersama sebagai tunang, tahun ni dah sebagai isteri :) tapi baju tak sama laa tu gambar last tu. Pergi holiday sama-sama, USS Singapore, Hong Kong, Macau, Tioman.  Beraya haji tahun 2012 di rumah mertua. Legoland baru bukak 2012, harus lah pergi serbu, hari pertama je pergi. hahah. 1st time pergi stadium tengok bola, nasib baik ada orang teman aww, kalau tak memang tak pernah jejak laa ke sana. 1st time pergi makan di Marco Polo Cafe celebrate birthday Sallihin. Ok tu je hehehehe.

1st year macam excited sikit nak sambut anniversary ni, sebab pertama kali kan, tapi tak pergi mana pun, semalam pilih-pilih nak dinner dekat mana, last-last pergi dinner dekat Nasi Goreng Seafood Stulang , romantik sangat kan hahaha, takpe yang penting sedap dan puas hati perut kenyang balik pun happy. Sebelum pergi makan, Sallihin bawak pergi Century Garden Danga Bay,at first i was like mehhh mesti tak best! tapi bila dah sampai wow meriah & happening juga, deco landscape pun cantik, rasa macam ala-ala romantik laa jalan2 kat garden tengok sunset ekkeke .


Ok lah taktau nak tulis apa lagi, sebab macam terexcited sampai terblank kepala taktau nak merangka kata-kata lagi. Anyway , thanks to Aina sebab printscreen kan ini, tak sangka Sallihin ni sweet hahaha, aku taktau sebab aku dah deactivate kan Facebook aku. Thanks darling, insya allah tahun depan kita bertiga lah hendaknya. Moga dipermudahkan segalanya :)

Friday, 12 July 2013

Sebelas tujuh

Assalamualaikum.

2 hari berturut-turut update blog, wow sangat haha.
Btw, semalam seluruh Johor Bahru ni kenapa jalan jem je? On the way nak ke office dah jam, ok ini memang tak boleh buat apa lah sebab memang ada accident treller langgar motor, masa lalu tepi treller tu, motor tu macam dah terpenyek terperosok masuk kat tayar belakang treller tu, ngeri rasa. maka disebabkan itu lewat sampai ke office 30minit. Time nak balik pulak, dah semangat keluar office tepat waktu 5.30, dengan harapan dapat sampai rumah sebelum jam 6petang, tapi harapan tinggal harapan je lah, memang jam sesaja petang semalam. Nak marah pun cepat-cepat istighfar. Bulan puasa tahap kesabaran tu tinggi sikit :)

Sampai rumah dah jam 6.20pm, dengan orang buat jalan lah apa, time-time orang rushing nak pergi berbuka lah dia nak tar jalan lah apa. Macam-macam peel. Sesampai je terus pergi ke bazar ramadhan dengan Sallhin, dalam kepala dah set dah nak beli apa hari semalam, nak makan mee soto katanya. Sekali suami tercinta i itu rajin telah memasakkan kari kepala ikan & sambal sotong, masa dalam kereta otw nak ke bazar tu dia cakap dah siap masak, tapi bila  tanya lauk apa taknak bagitahu, suprise katanya. So ok lah, dekat bazar just beli air & kuih-muih je plus puding yang kosong takde apa. Memang lepas ni aku buat je lah kat rumah puding cocktail tu. Rasa macam tak berbaloi beli. Siap-siap redah lautan manusia , deretan kereta semua, balik lah rumah. Rasa macam gembiranya tak payah masak ( pemalas haha) , just hidang-hidangkan je atas meja. Walaupun bulan puasa, tetap sedap Sallihin masak. Unbelievable betul, kalau aku masak time tak puasa pun belum tentu sedap kah kah kah.

Kari Kepala Ikan & Sambal Sotong.

Kebetulan sehari sebelum puasa, abah ada hantar ikan & sotong daripada Mersing, maka stok lauk memang ada dalam esbok. Cuma aku je kekadang tak sempat nak masak after balik kerja tu. Maybe Sallihin teringin nak makan kari kepala ikan ni, maka dia masak sendiri, sian husband I tu. Takpe malam ni kita makan sesedap sikit oke :)

Malam ni ada iftar with my family, tak sabar rasanya, dah lama tak gather ramai-ramai, kali ni semua ada, angah ateh amalina adik , and new family member this year Sallihin :) harap semua pun happy lah malam ni.insya allah amin.

Thursday, 11 July 2013

Sepuluh Tujuh

Assalamualaikum.
Alhamdulillah dah berjaya berpuasa sehari di bulan ramadhan. Harap tahun ni tak tinggalkan puasa.
Macam aku cakap semalam, sallihin dah bagi green light untuk beli je juadah berbuka, tak payah masak. Maka semalam lepas balik kerja, terus balik rumah amik sallihin & pergi bazar sama-sama. Seronok nya rasa pergi bazar jalan berdua, semua pun nak singgah, tengok ramai orang sikit je mesti nak tengok orang tu jual apa. Kalau dulu , pergi sorang-sorang bazar ramadhan tu just pergi gerai yang jual murtabak pastu cari kuih sikit & beli nasi ayam, itu je lah rutin pergi bazar. Tapi semalam, sampai 2 bazar pergi hahaha.

Walaupun pergi 2 bazar, tetap tak tahu nak makan apa. Last-last beli murtabak, roti john, nasi ayam & of course air katira pastu bungkus sekali sop gearbox nak buat sahur. Tak sangka tak beli kuih muih langsung. hari ni pergi mesti kena beli 2-3 jenis hahahah, nafsu makan tu amboi, dah balik rumah baru perasa, eh kita takde beli kuih manis-manis. Tapi itu pun dah kenyang dah, roti john makan sambil-sambil tengok tv lepas isyak. Nak habiskan one shot memang dah full house perut hehe.

Time sahur lagi lah simple, masakkan nasi untuk sallihin, makan dengan sup gearbox tu, aku makan nestum je. Tetiba teringin je nak makan nestum, macam itu lah makanan paling sedap sekali kalau dimakan ekkeke, pastu macma tak cukup je, sebab sekarang ni baru kul 3 perut dah spin lagu keroncong.apa lahh kan .

Harini dah set dah nak makan apa dalam kepala, lepas jenjalan semalam kat bazar, kira dah tau lah nak tuju kedai mana harini. Tak sabar nak tunggu esok, nak berbuka sesama dengan family. ramai-ramai berbuka seronok sikit.

Ok tunggu sebelas tujuh esok ye :) kalau rajin lah. hehe


p/s: kepada rakan-rakan di Mersing, jemput singgah beli juadah berbuka di kedai adik saya - cakemania cafe.Ada jual masakan panas, lauk-pauk dan juga nasi ayam madu. Kalau nak beli kuih raya pun boleh pergi ke situ :) Selamat berpuasa.


Wednesday, 10 July 2013

Assalamualaikum Ramadhan

Waalaikumsalam. Salam ramadhan diucapkan kepada semua, alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk menyambut ramadhan tahun ni. Tahun ni aku sambut ramadhan lain sikit.

Tahun-tahun lepas, selalunya aku berbuka sorang-sorang di rumah jb, kalau abah ada, berbuka dengan abah, kadang-kadang baru balik ke Mersing. Tapi tahun ni, pertama kali aku sambut ramadhan bersama-sama suami tercinta. Memang terasa lain. Bila dah berdua ni, kita tak boleh nak cincai-cincai time bersahur atau berbuka. Mesti sediakan yang terbaik untuk suami.

Kalau sendiri-sendiri bersahur, mesti aku makan nestum je, ataupun minum air masak je, tapi sekarang ni, automatik aku akan fikir nak sahur apa, cukup ke tak makanan nanti, kalau sallihin lapar macam mana. Paranoid macam tuh lah, tapi aku rasa semua pun akan rasa macam ni, tengok la mak kita di rumah, macam mana dia sediakan juadah berbuka & bersahur. Kadang-kadang siap masakkan makanan kegemaran setiap orang di rumah.

Teringat lagi tahun lepas, time tu dah bertunang dengan Sallihin, pernah berbuka sama 2 kali je, selebihnya berbuka dengan abah di rumah jb. Biasalah tunangkan orang kata darah manis, tak boleh selalu jumpa ekekek. Juadah yang mesti ada kalau berbuka dengan abah, murtabak. Pastu beli lah kuih-kuih sikit. Abah tak cerewet bab makan, yang penting murtabak mesti ada, pasni kalau nak bebruka bersama family, kena balik mersing, sebab abah pun dah pindah mersing sekarang ni.

Aku taktau nak cerita apa sebenanrnya, hence ayat tunggang langgang itu. Fail nak membuat ayat hehe, yang point utamanya ialah nak bagitahu ini tahun pertama berpuasa sebagai seorang isteri dan pertama berpuasa dengan ditemani suami. Alhamdulillah. Dan sebelum puasa lagi dah tanya, time berbuka kena masak ke tak, dah dapat greenlight beli juadah berbuka dekat luar je hahaha. Kalau lah ofis aku sekarang ni benarkan pekerja diaorang ni balik awal sejam dari waktu biasa, memang hari-hari aku masak.

Ok lah tu je selamat berpuasa.

Sesiapa yang nak beli kuih raya, boleh lah ke Bazar No 14, Pekan Rabu, Johor Bahru. Dijamin sedap, murah 100% handmade & homemade. Jemput datang beramai-ramai ok :) Terima Kasih.  Kalau mereka yang berada di Mersing, boleh dapatkan kuih raya ini di Cakemania Cafe ( tepi sungai mersing ) & Bengawan Solo Cake House ( mersing Kechil) .

Friday, 5 July 2013

Dah raya yeay!

Assalamualaikum.awal bebeno raya kan, ekkeek takde lah, aku baru dapat ganti puasa dengan jayanya. Harini last day, maka esok kiranya raya lah tak berhutang dah.Tak senonoh perangai kan , dah nak masuk Ramadhan baru nak puasa ganti. Harap tahun ni berubah lah ye aimi.

Excited sebenarnya nak menempuh Ramadhan tahun ni, 1 of the reason is because 1st time berpuasa dengan Sallihin as husband & wife. Bulan Ramadhan last year (2012)  memang bz membuat persiapan perkahwinan, sampai tak rasa pun yang puasa, berbuka pun beli kat bazar je selalu, beli mesti ada murtabak untuk abah. Time single, duduk dengan abah dekat Jb berdua je, maka kami berbuka pun simple-simple je.

Tahun ni insya allah akan buat semua bersama-sama dengan suami. Bebuka, sahur, tarawikh. Berdebar ni tak tahu nak masak ke nak beli time bulan puasa ni hahahahahahaha. Over, padahal memang dah planning nak beli kikikiki

Ramadhan pertama, dekat Jb je , sebab tak cuti, kalau cuti memang dah balik rumah dah bebuka bersama family.Kalau bebuka kat kampung ni lain sikit sebab mak mesti masak macam-macam kan. Ok lah, tetiba terlapar pulak cerita pasal makanan.
#FMSphotoaday 5. Love , untuk play along boleh pergi ke sini.
Gambar diambil pada tahun 2009, di Tavira Portugal, kampung kecik je.
seberang tu bandar tavira tu.semua bangunan pun warna putih.
 Kalau kat  malaysia tengok bangunan dekat melaka, sama.

Ok sekarang ni cuba tengok gambar dekat atas  ni. Haa comel kan edit.korang boleh je edit gambar macam ni guna phone korang terus, ( iPhone)  boleh pergi app store dan beli  Rhonnadesigns app , kalau selalu kita kena beli package dia satu-satu contohnya macam fonts, shape , semua harga lain-lain, tapi dengan app ni, semua dia dah gabungkan, memang best lah . app ni dijual dengan harga $1.99 US dollars, for more info pasal app ni kornag boleh pergi tengok dekat Rhona Designs Blog ok.

Link
Ok bye.

Wednesday, 3 July 2013

what you really want?

Assalamualaikum. Sorry terlupa nak transfer gambar ke Tioman haritu, kalau tak memang dah boleh buat entry pasal tu. Esok-esok lah yer. Ok, aku ni ada 1 problem, masalahnya aku taktau aku sendiri nak apa untuk masa depan aku , sebab sekarang ni aku rasa macam semua dah cukup. Alhamdulillah.

Tapi, bila ada suatu masa perlu untuk berubah, aku jadi stress sebab aku dah selesa dengan kehidupan macam ni. Yes, memang kita kena berani nak move forward, keluar dari zon selesa, tapi kalau tak ada satu source yang betul-betul padu,planning yang betul-betul jitu, aku jadi serabut. Tak tau nak buat apa. Macam mana nanti if things goes wrong? Takkan nak patah balik kan? How to survive?

Berdoa dan istikharah mungkin jalan terbaik buat  masa ini.Semoga Allah permudahkan segalanya untuk aku & juga Sallihin. Rezeki ada dimana-mana kan? insya Allah. Terlalu banyak "What if " pun tak boleh juga. Ok I know, I just want to be happy & stress free. That's easy right?

Happiness :) 

Our travel Photobook, baru ada 2 je semua pun travel time baru lepas kawin tahun 2012.more to come.
Photobook ni aku tempah dekat Photobook Malaysia. Setakat buku yang kedua ni, memang sangat berpuas hati. Korang boleh lah try juga.


Sekarang ni aku taktahu lah apa kene dengan badan aku ni. selalu lah pening kepala. pastu emosi asyik lah tak stabil, cepat marah, cepat sedih, semua yang negative-negative semua ada. Sesikit kang nak nangis. Ntah apa-apa. Aku sendiri pun dah tak faham dengan diri aku, apa lagi orang lain kan? Hye diri sendiri, behave please.

Tuesday, 18 June 2013

Sweet Escape

Assalamualaikum. Nah Teaser hahahaa. Balik bercuti pasrah tengok bandar JB berjerebu. Penat mata.

gambar recycle dari instagram, normal lah kan. nanti esok aku cerita lebih panjang ye. nak pergi tioman ni murah je tau.ok see u

Tuesday, 11 June 2013

Penangan Fabio Viviani

Macho kan nama fabio haha, sebenanrnya Fabio ni perseta Top Chef All Star Season 8, biasalah duduk rumah takda buat apa, asyik laa tengok tv , rancangan masak-masak pun dah jadi favourite sekarang ni. Fabio ni dia orang italy , ok bukan nak cerita pasal Fabio sangat pun, tapi pasal dia lah aku tetiba teringin nak makan Ravioli. hahaha mengada sangat tau.

Ravioli ni sebenarnya dia pasta jugak, tapi macam karipap, kulit pasta tu die tekapkan 2 pastu dalam pasta tu dia letak lah inti. Kemudian direbus, dan dimakan dengan sos2 pilihan. Selalunya tomato gravy yang macam kita makan spaghetti bolognaise  tu. Inti dalam dia ikut kesukaan masing-masing, ada yang letak cheese, spinach, sayur-sayur lain, tapi selalunya diaorang letak sayur-sayur kot.

Maka nak dijadikan cerita ( takde lah cerita sangat) weekend lepas, family kita datang jb ( memang tetiap minggu pun datang heheh) maka tanpa melengahkan masa lagi, ajak mak makan di The Marco Polo Kitchen,  ingat tak post yang sambut birthday Sallihin tu, haa restoran yang sama lah ni. Setakat dah pegi 3-4 kali ni makanan dia  tak mengecewakan lagi. Staff dia pun baik-baik je.

Mak, Amalina. Amalia. Aimi
Menu yang menjadi pilihan kami ialah, salmon salad ( amalina kata salmon salad yang dekat delicious lagi best), grilled salmon, spaghetti bolognaise, pumpkin ravioli & the famous MP Meat Lovers pizza The Boss, ok tengok lah gambo weolls ehhe  . Time ni Sallihin tak dapat join, maka semua perempuan je hehe. Ok lah till next time. Jom makan blue cheese + Pumpkin ravioli yums !

Saturday, 8 June 2013

Hidden gem #1 in Mersing Johor

Assalamualaikum.

Pernah dengar Teluk Gorek ataupun Gorek Bay ? mesti ada yang pernah dengar kan, teluk gorek ni terletak di antara Mersing & Endau ( Tanjung resang ) . Kalau daripada mersing, korang lalu jalan baru yang dari arah air papan tu, cepat je dah sampai ke teluk gorek ni. Tak payah lalu jalan bukit bukau tu, jalan mersing -endau.Kalau pernah tengok cerita yang Liyana Jasmay berlakon tu, "diva masuk kampung" macam tu kot tajuk dia, haa diaorang berlakon dekat tanjung resang ni lah. Famous uolls.

So masa cuti hari keputeraan Agong haritu, kitaorang balik mersing, so takda apa nak buat, kebetulan cuti sekolah pulak tu kan, so family in-laws ajak pergi berkelah dekat gorek bay ni. Memula ingat diaorang nak bawak pergi yang dekat Teluk gorek Chalet tu, tak best sangat sebab ada banyak monyet suka curi makanan haha, then ramai orang kat situ. Tapi rupa-rupanya pergi dekat satu termpat yang memang mencbar lah nak masuk ke pantai dia, masih lagi di Gorek Bay, cuma jalan masuk hutan sikit. Pasir putih cantik gilaa hahaha.  So meh la aku sajikan dengan gambar je ok. Gambar ni semua aku snap guna iphone je. Amacam cun kan? aku suspek awna dia yang buat gambar ni nampak cantik. Ada macam dekat phuket tak? hahah

Permandangan  di teluk gorek. Dia teluk, so memang kalau nak mandi , kana-kanak lebih selamat lah kat sini,
sebab takde ombak, tapi kene hati-hati bila air pasang.

Panorama view taken using iphone 4s ( perlu lahh bagitahu ni) 
makanan & niece . nephew . Lunch tepi pantai memang seronok,mata bertambah layu dengan angin sepoi-sepoi bahasa.
Sallihin sempat main layang-layang tepi pantai, cuaca memang baik masa tu.

Ok tu je lah, nanti next week kalau ada pergi memana, aku share la kat sini ok.Happy travelling ekekek , aku travel dalam johor je.

Thursday, 30 May 2013

Week 21 & 22

Assalamualaikum. Its been awhile yup? haha biasalah malas, plus bulan 4-5-6 ni minggu bz dekat office, dengan nak ada home fair nye la apa la, stress kejap rasa.Tapi banyak benda best berlaku last week, hilang stress sikit, so here goes my week 21 & 22 ewah.


Ini tasya, our niece, 23rd may haritu birthday dia, disebabkan kami semua bz, so after work sempat la kidnap tasya ni bawa pergi makan-makan. sadly her family & my husband tak dapat join, maka pergi makan berdua je lah dengan birthday girl. Sweet 18 dear tasya, semoga semua yang dihajati menjadi kenyataan insya allah. Tempat pilihan kami ialah di black canyon bukit indah, 1st time makan dekat sini, not bad jugak lah makanan nya , ada western & thai's food. Mak & angah yang kenalkan tempat ni sebenanrnya.



25th May 2013 . Our darling Noor Irliana dah selamat disatukan dengan Fadzlee Syah. 
Lepas ni kita tunggu turn siapa pula, mungkin kan cik Intan . Insya allah, tak sabar. hehe
Gambar kat atas ni di sebelah rumah perempuan, time ni kekasih gelap aku intan tak datang,
macam tak meriah sangat bila penghibur hati tak datang eheh. kejap je lepak. tapi best laa dapat gather balik dengan kawan-kawan sekolah, erin,bai, zahidi, cuma khidir  je tak datang time ni, kalau tak lengkap laa corumn ahli-ahli tenis kiteorang hahaha. ( masa aku & nana masih lagi single, kiteorang ber-5 ni selalu pergi main tenis dekat court utm ,memories hahah )
lepas amik gambar dengan pengantin dah balik dah semua. Gambar last bawah bersama pengantin
baru Puan Erin , beseri-seri lagi muka. Nana ni cantik macam model.


26th May 2013. Semangat kami berdua bangun pagi sebab nak pergi breakfast sama-sama.
kalau dah dedua kerja masa tak sama, camni lah , setiap masa tu digunakan sebaiknya.
tidur rasa macam rugi pulak. Ahad pagi ni kami breakfast Kacang Pool yang famous di Johor Bahru ni.
Kacang pool haji, medan selera dekat sebelah bomba. Juga ada lempeng kelapa.
Punya laaa lama nak tunggu order sampai, last-last bila pergi balik tanya, dia kata dah habis lempeng,
hoi mengidam tahu hahah. Nasib baik ada satu akak ni, die let go lempeng yang die bungkus kat aku 
dua keping. Alhamdulillah dapat juga hahaha.


Petang 26th May, ini majlis di pihak lelaki pulak. Tengok la kawan aku nana tu, macam model dah haa posing.Cantik sangat pengantin, Pengapit pengantin pun apa kurangnya, cun melecun ehehe.
Anyway , time ni Sallihin tak ikut, dia bagi peluang dekat isteri dia ni pergi berjimba-jimba dengan kawan baik. Walaupun dapat jumpa sekejap je, jadi lah daripada tak jumpa langsung kan.
Dah amik-amik gambar sikit dekat wedding nana, terus bawa intan keluar dari dewan pergi jalan-jalan cari makan. Tak jauh pun pergi, bawak pergi makan dekat IT ROO Cafe jalan dhoby, perkena best chicken chop in JB. Best ke tak? itu kita tanya pada yang pakar hehe. Anyhow, Ahad yang memang best pada aku, dapat spend time dengan insan-insan tersayang. Hope lepas ni dapat jumpa lagi ok girls.

Ok lah banyak lagi nak update sebenarnya, tapi takpe lah proceed pergi instagram je la ok. Keep creating sweet memories ok! tata 

Monday, 8 April 2013

week 14

My week 14 ( April 1st - April 7th ) photo post in instagram :)

Tengok dari atas kiri ke kanan ok. ( siap explain cemana ) hahah tapi ni gambar tak cukup seminggu dari 1-4 April takde apa yang menarik kecuali kerja kerja dan kerja.

05 April 2013 : Birthday Mr S. Ini first time celebrate bersama, masa tima tunang dulu, tak dapat celebrate birthday dia bersama, sebab time tu die kerja dekat sabah & kita dekat Johor bahru tercinta ni. Walaupun hanya ada 2 slice cake, i managed to surprise him ewah . Takpe lepas ni ada banyak lagi hari nak celebrate hehe. Gambar menunjukkan Mr.S birthday dinner dekat The Marco Polo Kitchen, Bukit Indah Johor Bahru. 1sttime pergi makan dekat sini, berdebar juga takut tak sedap ke apa kan, tapi nasib baik sedap haha, ok kedai ni boleh recommend kan dekat korang kalau nak makan western food. harga lebih kurang macam tgi friday. Dan kalau nak makan ice cream sedap fresh fruit ( PopStar) boleh pergi ke Jusco Bukit Indah, kedai Stone Grilled depan Maybank, sedap ice cream dia.

06 April 2013 : Dapat ikut pergi tengok bola dekat Stadium Larkin! yeay! Excited sebab ni 1st time pergi stadium, selalu just tengok kat rumah je,memang lain perasaan nya. hahah walaupun Johor kalah dengan Selangor, tapi die punya feeling & experience dekat stadium tu yang best! haha, ok pasni boleh pergi lagi

07 April 2013 : Rutin setiap minggu kalau adik tak balik rumah, kiteorang akan pergi tengok dia dekat Kolej Vokasional Azizah, alhamdulillah adik dah besar, dah tak ngengada nak balik dah, tengok makin seronok dia duduk kat hostel, lagopun dah tingkatan 4 kan. kalau nangis juga tatau lah nak cakap apa ekeke. Petang pulak, kiteorang pergi menghadirkan diri ke Majlis Perkahwinan Erin & Muaz dekat Dewan Taman Universiti, ni best sebab dapat tengok kawan kawin ( memang lah best) then dapat gather dengan kawan-kawan sekolah yang lain, dimana kalau hari biasa memang sangat laa jarang nak berjumpa. Maka peluang-peluang untuk melepak gossip sesama macam ni memang takkan dilepaskan. Walaupun dapat jumpa kejap je, tapi memang best! hopefully pasni sesiapa punya majlis kawin kita dapat datang dan melepak sambil makan nasi minyak ok!

Sehingga berjumpa lagi. Ini kira macam project life aku lah, orang lain semua letak dalam album cecantik , tapi takpe lah asalkan aku tak lupa moment-moment macam ni yang tak boleh nak ulang balik. ehheeh insya allah


aimilaili🙈🙉🙊

Tuesday, 2 April 2013

omg dah April?

kejap je kan masa berlalu? April omg! semalam ada nampak kat fb lagi 100 hari nak tiba Ramadhan (harini dah 99 hari lah kan) , dah ganti puasa belum? hehehe.


ok cerita tentang gambar yang sembilan ini. 9 photo of march. dari kiri ke kanan ok (clockwise).ewah banyak lagi sebenarnya yang terjadi bulan 3 tapi ini yang aku pilih :)

1.stock chocolate yang dibeli oleh angah. the best in the world > reese! and of course whittaker's sekali lah the best juga kekeke.30th march 2013.

2.nak balik mersing time ni, 1st time naik bus sesama dengan Mr.S ehhehe setelah beberapa lama tak baik bas kan. kereta hantar repair dekat mersing. 22 march 2013.

3.belajar buat puding custard dengan adik ipar ehehe. 23 march 2013.

4.jumpa angah & syida dekat pasar karat . 1st time jumpa waffle bentuk panjang macam hotdog. yums!

5. di brelife art gallery, kedai baru boss. perabut kayu yang beharga belas2 ribu. wow sangat! terpaksa siapkan website brelife waktu ni. urghh

6. pergi KLIA untuk fetch mother in law baru balik dari umrah :) alhamdulillahh. 23rd march 2013.

7.one of the statue dekat roost juice ( statue ke) haha. time ni pergi jumpa chep, zali & juju. gossip2 sikit :)

8.ini langit pada bulan march :) managed to capture this image while im driving back home after work. nasib baik sempat haahah.

9.lastly, ini gambar terjumpa dekat dinding kedai area jalan dhoby,teringat masa jalan2 dekat portugal, dinding dia memang banyak conteng2 macam ni. divider dekat highway pun kene conteng. mungkin ada yang cuba disampaikan . pelukis tu je yang faham heheh.

ok itu sahaja. awal2 bulan 4 ni kita makan ketam aja ok!


harini 1st time masak sup ketam, dan berjaya! yeayy . ok till then bye

aimilaili🙈🙉🙊

Thursday, 14 March 2013

surprise surprise

Mr.S bukan seorang yang romantik tapi selalu buat something yang buat hati ni rasa alahai cair haha ( diri sendiri lah yang rasa nya pun ) .


contohnya macam harini, mula2 call mintak tolong Mr.S masakkan nasi & keluarkan ikan daripada peti ais. tapi tadi bila balik tengok lauk dah siap terhidang atas meja. aishh rasa macam bersalah sebab tak masakkan untuk suami tapi sebaliknya. but that's him, suka buat something secara tiba-tiba je haha.


sebenarnya bukan harini je Mr.S masakkan dinner, dah banyak kali juga and i learn a lot from him, daripada nak masak sup sampai lah nak masak kari. yes mak sendiri & mak mertua pun banyak membantu, tapi kalau Mr. S sendiri yang bagitahu macam mana rasa makanan yang dia nak tu adalah lebih mudah, sebab sia yang nak makan kan. Alhamdulillah syukur. thanks darling xoxo

sekarang ni tengah fikir nak masak apa yang best untuk Mr.S makan esok, semangat kan nak masak esok tapi malam ni dah runsing sediri kah kah kah. ok later.


aimilaili🙈🙉🙊

Wednesday, 13 March 2013

extremely bz

hahaa padahal takde lah bz mana,ye ye je tajuk. tapi tak sure juga ni bz ke tak, rasa macam banyak kerja tapi bila duduk depan pc ni tak tahu nak mulakan dengan yang mana. takpe kita abaikan je dulu kejap.

semalam sebenarnye dah semangat nak balik rumah masak udang butter kan, tetiba few minutes sebelum balik tu, Sallihin dah whatsapp cakap dah siap masakkan dinner ( aww shoo shuweet < cecara gedik) masak sup ayam je sebenarnya, tapi suka sup sallihin masak sebab cukup rasa pekat dan segalanya, cuba kalau diri sendiri yang masak? tapi memang sallihin lagi terer masak daripada diri ini .hahha sup memang favorite tapi sup semalam tu pedas ya rabbi , 5 biji cili padi haa. tapi sallihin makan relax je . haha. ok so harini udang butter lah yer.

Sup Ayam Kasih Sayang (wahahaha nama tak boleh blah ) 
cerita makan je kan hahah, tapi makan kat rumah je la, jb mcm kurng dah tempat makan best-best semalam teringin nak makan salmon time lunch, jumpa tapi tak sedap . rasa macam pasrah gila hahaha. nanti bila dah jumpa salmon yang sedap baru kita warwar kan disini yer.

anyway sejak 2-3 menjak ni kan petang-petang Johor bahru ni mesti macam mendung, pastu matahari menyorok belakang awan. cantik lah pemandangan tu bagi aku, so ini yang di instagramkan semalam.( sorry la gambar repeated amik dekat instagram je) haha

Ini dicapture pada 11032013 dekat belakang office kat tebrau ni, cantik kan?

Yang ini pulak dicapture semalam 12032013, yang ni lagi cantik daripada semalam kan? ini snap masa tengah drive tu (kantoi smabil drive sibuk amik gambo) 

{aimilaili🙈🙉🙊}

Tuesday, 12 March 2013

Tetamunya

9th march dengan excitednya kami semua telah pergi ke KLIA untuk hantar mil pergi umrah, seawal jam 6.30am dah bertolak dari mersing. semangat kan? sebab nak sampai ke KLIA sebelum jam 12pm. anggaran perjalanan +- 5 jam ( ini termasuk behenti rehat/ makan/toilet/ bawak slow) . ngam2 memang jam 11.30am sampai di KLIA .

09032013 KLIA (kidnap niece sallihin daripada Kluang, supposed tumpangkan die pergi sekolah, tapi terlajak terus bawak ke KL ) kah kah kah 
Settle daftar ,check in bag ,dengar taklimat apa semua,bermula lah journey mil ke tanah suci makkah. risau juga sebab mil pergi sorang-sorang, tapi bila tengok ramai juga makcik-makcik yang travel alone, so tak rasa risau sangat. cuma harap kalau mil ada masalah apa-apa ada yang sudi menghulurkan tangan membantu.

Family Sallihin, tu fil kita tu tak pernah berjauhan dengan my mil, kesian dia kene tinggalkan 2weeks.

Dan setelah lelambai pelok2 mil, kiteorang terus balik mersing, 2 jam je dekat KLIA , day trip sangat kann, mcm member kita laa buat day trip ke penang, ke melaka, tapi dah trip dia bestt, sebab pegi jalan2, ini day trip ke KLIA sahaja ok! hahahha kesian Mr.S penat drive je seharian. tapi takpe sekali sekala. pasni nak ajak dia day trip g kl jenjalan plak hahaha, memang tak lah kan. :p

dinner ramai-ramai, my family & my inlaws before mil pergi menunaikan umrah.

ok nanti 23rd march kita day trip dari Mersing pergi KLIA lagi ok kekeek


aimilaili🙈🙉🙊

Thursday, 7 March 2013

you know where to go

sesejak 2-3 menjak ni awal kita sampai office ok, pekerja cemerlang sangat. kalau tak manjang lambat je. datang awal sebab Mr.S kerja pagi minggu ni, maka aku pun terikut laa sekali bangun pagi kan. hahahah, next week kita tengok macam mana perkembangan ya. sesuatu sangat panggil sallihin Mr.S hahahahaah. takpe laa konon2 macam mystery lah kan. ini mungkin sebab aku banyak sangat lepak kat blog peejburhantu kan die panggil husband die Mr. B kan? kekeke pentiru lah amy ouch



anyway, semalam abah bawak balik stok lauk daripada mersing, kalau dah kata mersing kan mestilaaah yang paling fresh paling mantap paling manis punya seafood abah bagi. tapi jangan gembira terlalu awal, sebab aku masih buntu lagi tatau nak masak apa. ok la bukan buntu tapi lebih kepada tak tahu pastu takut tersalah masak terus jadi tak sedap!

maka berbalik kepada tajuk, kalau kita tak tahu masak, u know where to go kan. of course lah call mak. mak sendiri dan juga mak mertua, ok laa kekadang ada juga google. tapi bila mak ajar step by step dalam telefon rasa macam lagi mudah.

harini aku rasa macam nak masak udang masak lemak nenas. kita tengok nanti macam mana pergi dia. heharap sedap hingga menjilat jari kikikiki

ok update utk masakan malam ni , sebab aku draft post ni pagi tadi hahahahha . udang masak lemak cili padi & sotong goreng tepung! alhamdulillah licin makan dengan mr.S


ok lah tu je aku nak pergi merehatkan minda dan badan kejap ( sampai pagi) haha. sesiapa yang sudi nak tengok gambar-gambar project365 iolls boleh lah ke ig kita : aimilaili ok tq tata takecare

{Posted using iPhone aimilaili lah 🙉🙊🙈}