Thursday, 5 February 2009

• phew •

aa smalam hari yang memenatkan. dengan ketiadaan perkhidmatan maxis broadband. aku rasa buhsan gile duk kat umah. ok kawan-kawan, perkhidmatan intenet saya terganggu beberapah hari ye hahaha. *cam org penting je herk* takpe ptg ni aku g la bayar bill.ish maxis ni ngan aku pun bekira hahaa.


smalam gak aku dah g setelkan pasal badges untuk valentine's day yang aku nak jual kat area kolej aku. aa flyers die aku tak sempat edit. nanty baru aku upload la kasik korank tengok . hopefully mendapat sambutan , kali ni aku tak buat banyak 10pcs/design, so ada dalam 8 design je. * eh macam banyak la gak kan*.penat woo, 3 jam aku duk kat kedai printing, ye la nak print sndrik artwork , printer aku kaler tak cun, uhhhuh machine laminate pun dah rusak. :mad: terpaksa la. Pasni projek wat badges untuk delegasi ke Beijing plak. chayok2!~ :eek:


tambahan :: aha aku sangat tak puas ati kalau time kite tengah nak tanye sesuatu/pemberitahuan kat seseorang tuh, masa kita panggil nama die, die dengan muka kerek mcm bagus, just tunjuk tapak tangan je macam "talk to my hand" je la,muke tak toleh langsung tuh.ceh at least cakap laa, ko bz ke apa ke kan. cam bagus je. aku rasa macam no manners je weh. tatau la kan. ni apa yang aku rasa la. tapi aku rasa die takkan baca kot blog aku ni ahahaha .takpe la.nnty aku bitau die face to face je. phew.


tambahan lagik:: kan akua de cite kat entry aku before pasal kekatu's tukang amik gamba orang kawen tuh kan, aa derang da pindah web. www.kekatu.com so sesapa yang nak kawen, tapi takde photographer lagik, leh la g tanyer derang ok. :smile:

Tuesday, 3 February 2009

• Sizzling Stonegrill •

Isnin:: Class data visualization 9am-11am ::


oho hari isnin yang sangat relax haha. Oke disebabkan last-last week, smua plan aku nak g tgk movie terbantut. so hari ni, aku telah mengambil keputusan untuk g tgk movie. oho. So after class, balik rumah, pegik perling, zUup~ terus pegik ke tebrau city . beli tiket wayang: Inkheart & Bride Wars .* gile tamak tgk dua cite* . Movie pertama aku g tengok is Inkheart. *finally* kalau tak memang dah lama dah aku g beli dvd haha, best la citer nie- smua fantasy,kalau apa yang aku baca smua bley jadi real,kan best :eek: haha memula aku baca pasal lense.pastuh mesti kuar lense tuh bebetul kan *berangan-angan* :razz: tapi mana bley . Then after aku tgk inkheart, tgk plak bride wars , cite ni pun best pasal 2 orang sahabat yang... ::ok sila tengok review sendiri :razz: nanti tak saspend plak kan::



Then g makan kat sizzling stonegrill ni. aha sedap! rasa lagik juicy daging die lam mulut aku ni. *wendunye :mad: kat daging tuh*. Ok kedai ni best sebab die grill steak ke apa ko oder atas batu panas. so kire mende tuh masak depan ko la. tade minyak ke ape. pastuh leh pilih nak seafood ke, salmon ke, sirlion steak ke. smua lah ada. Leh gak mintak nasik goreng untuk makan besama ngan steak@seafood yang dah siap di grill.or fries ke, mashed potatoes ke. sedap weh. hahaha alah korank try la sendiri kan, baru tau sedap ke tak. pada aku sedap la kot.  :razz:

Herm kat tempat selain jb aku tak penah nampak plak restoren ni * macam la byk g tempat lain :lol: * , kalau kat jb plak restoren ni ade 3 cawangan :



  • Ground Floor at City Square.

  • 3rd floor at Plaza Pelangi @ kerry.

  • 2nd Floor Aeon Jusco Tebrau City.



Aa kalau korank nak g yang tempat tak ramai orang, aku syorkan korank g kat Plaza Pelangi, kat sini tak ramai orang sangat kalau nak dibandingkan ngan kat Jusco Tebrau. Aa pape pun layan la dlu gegamba ni ehe.seyes weh wendu!





Monday, 2 February 2009

• Masa: Kawan •

Harini sepatutnye aku dah plan nak g tengok wayang, tapi aku tatau la bangun-bangun tadik malas sesangat nak bersiap-siap. Haizx. nak bangun pun malas nie. gile penyakit malas ni datang, nak  makan pun malas hahhaa. tapi aku rasa nak g carik tosey .. kalau aku rajin nak kluar. Ok lah crita pasal topic.


Skang ni, semakin aku besar *dewasa* rasa semakin cepat masa tuh berlalu, ye la skang ni dah bulan februari. sekejap je kan, masa time skolah-skolah dulu terasa adoi lambat nye la nak weekend. skang ni sekejap gile plak rasa. Dan aku rasa macam baru minggu lepas aku start kuliah.tapi sebenarnye dah masuk minggu ke lima - keenam dah nie. Assignment pun dah makin bertimbun. Tak bleh nak tangguh-tangguh kerja, kalau tak memang sampai tahun depan la tak siap kan. ish dah makin dewasa la. huhu cam tak caya je seh. :grin:


"Ok aku tatau camne nak tulis,tapi aku nak tulis gak:razz: " Sepanjang waktu nak menuju ke usia ini, memacam perkara aku tempuhi, belajar dan nampak. samada untuk memperbaiki kelemahan diri aku ataupun untuk membuatkan aku lebih mengenali persekitaran aku dan menjadi lebih matang serta boleh berfikiran lebih jauh ,pengalaman dan pengajaran ni sangat la bermakna dan banyak membantu aku. Kawan-kawan pun datang dan pergi silih berganti sepanjang tahun yang dah berlalu nie,ada yang jahat ada yang baik. Masa time skolah rendah, kawan-kawan aku terdiri daripada chinese je smua, kawan melayu aku pun terdiri daripada kawan-kawan yang kat sekolah agama, tapi takde la serapat macam aku ngan kawan-kawan skolah rendah aku. Abis je skolah rendah, mereka pun turut hilang. aku rasa kalau aku jumpe balik kawan skolah rendah aku, mesti aku tak kenal dah amoi-amoi cun tuh hahah. Naik skolah menengah plak, ok dapat kawan baru. Ade group haha yang terdiri daripada 5 orang : aku, yvonne,vanessa,renuka and nadia . antara kelima-lima ni yang aku kekadang terjumpa kat cs ataupun lebih senang cakap, yang masih kenal dan ingat aku is vanessa. yang lain tuh aku tatau la kat mana, or memang da taknak kawan ke. vanessa plak jumpa pun time die cuti panjang, skang ni aku rasa die kat boston kot.renuka mebi dah dalam semester akhir untuk menjadi doctor. yvonne plak aku rasa kat unisel. nadiah plak dah abis blaja, dan masih dengan effie * ni smua aku tau melalui frendster* hahahaa aku takde la g contact derang. nak contact pun tatau. Ok aku jadik cam tak rapat ngan derang sebab masa form 4 aku g skola kat sekolah teknik. aa kat sini jumpa kawan lain plak.



♥ Renuka.nadia.afiqah.vanessa.yvonne.amy *gamba lama ni- time form 2* ♥


Kat teknik, kawan yang paling rapat ngan aku adalah mastura and intan. tapi aku kawan ngan smua orang actually, cuma kalau kuar tuh bertiga ni la, bawak lari intan fly drprd hostel, sebab aku and mastura outsiders * tak duk hostel*, melepak-lepak kat coffeebean cs. huhu tapi skang ni smua dah bz ngan hidup masing-masing. Intan ada kat uitm shah alam,die selalu la gak contact aku *kire ok la kan,tak lost contact*. mastura plak aku last dgr pasal die, die kat Uniten, then skang tatau la g mana. Yang lain-lain tuh , ada yang contact aku lagik, tapi thru friendster lah kan.


Pastuh masuk plak PKN. kat sini aku dah kenal plak ngan sara and azza. pengalaman masa PKN sangat lah best. bukan best sebab kene berlatih macam askar. tapi best sebab dapat habiskan masa bersama mereka. sebab kalau aku tak g PKN tuh aku tak kenal derang ni, dan kiteorang rapat sampai sekarang. Yang paling rapat skali, kire dah jadik macam adik aku. is azza. walaupun die ni cengeng. hot tempered. dan keras kepala.aku tetap sayang dia :razz: kite g jenjalan banyak tempat lagi ye pasnie. tapi die dah nak kawin. hopefully dah kawin nanti die tak lupa aku, congrats dear. huhuhu :smile:



♥Azza.Amy.Sara♥


Masuk universiti plak, kawan lain lagik jumpa. Masa kat utm kl, aku, nini and kak jieha. ok time ni best la 3 tahun bersama-sama. memacam kiteorang buat sesama. :grin: skang ni kak jieha dah kerja , die dah abis blaja aku rasa. And aku dan nini still lagik sambung blaja ni kat utm skudai. Kat skudai plak, geng aku dan nini berkembang menjadi 6 orang. iaitu as,fara,aina and jiedah temasuk aku ngan nini. Tuh yang ade group pptb . (aku ade cite ni kat entry lepas) . Disebabkan majoring berlainan, hari-hari aku banyak bersama ngan As, dan die pun banyak membantu aku dalam mengharungi hidup sebagai pelajar kat sini, Tq As :) .Tapi kalau dah grad nie, herm masing-masing membawa haluan sendiri, hopefully kita tak lost contact ok.



♥ Nini.Kak G-ha ♥



♥ Jiedah.Fara.Aina.Nini.As ♥



Kepada andika dan chihuahua, thanks sebab banyak mengajar aku erti kehidupan dan menjadi lebih matang membuat keputusan. and to husni , tq gak. kalau aku tak kenal chihuahua, aku tak kenal ko eheh. u've been such a good listener.


masa cepat betul berlalu, kejap je dah kul 5pm ni. phew.. dan aku lapar. :mad:



Ombak yang menjamah
kakiku sekali
takkan dapat
kukenali lagi.

A. Samad Said


Tuesday, 27 January 2009

• Jiela's engagement day •

Yeah Jiela * my kazen * dah selamat bertunang , semoga bebahagia yer, rasa macam kejap je masa berlalu, skang kekazen aku smua dah kawen, dah tunang.ish kite bukan muda lagik ke? huhuh aku cam rasa kelakar je dah berumur 23 tahun.haiz . :oops:


Live from segamat, tarikh ni jatuh pada hari pertama raya cina, di malam malam sebelum 26th kami tidur ditemani dengan bunyik mercun yang bam bam boOm . uish cam rasa raya aidilfitri plak. seyes. hahaha langit warna warni walaupun dah jam 2am.



Aa semalam pun aku dapat jumpa kawan-kawan abg jijie, mereka adalah tukang amik gamba orang. aa jeles la seh tengok camera & ekseseri( aku tatau spell la)  dieorang, smalam je masa majlis tuh ada 2 pengguna canon, dan 5 pengguna nikon. termasuk la kazen aku ni. * apa smua gune nikon weh* hahahahaa tapi cam best la derang, gathered 2gether-gether blaja menembak gegamba. kalau la aku pun dapat peluang camtuh, best la seh. walaupun sekadar hobi je kan :eek: *teruja*


Ok la promote sikit. derang ni amik gambar untuk orang kawen, dengan nama Lensa Melayu


Kalau korang berminat or tengah cari photographer utk majlis perkahwinan korank leh check out webblog dieorang nie Kekatu . K aa aku da nak gerak balik Jb, tata tekkeh all.later ya.


*sedey tak dapat g melaka :sad: *

• Malam Permata 2009 : Fish Spa •

Selamat menyambut tahun baru cina kepada semua yang menyambut. Haish rasa macam dah lama je tak update ehe. kerajinan tuh tak datang singgah kat aku. skang ni baru la terasa nak mengupdate. Selama beberapa hari nie, agak banyak bende gak la belaku. tapi aku mcm da byk lupa ehe. yang aku ingat just makan malam kolej : Malam Permata' 09 dan majlis pertunangan cuzzin aku : Jiela & Epul.




♥ pptb in pink & black


Malam Permata'09 Koleh 9 & 10 telah diadakan di Dewan Sultan Iskandar UTM skudai. Ni sebenar majlis makan malam untuk memberi anugerah kepada pelajar-pelajar yang perform baik last semester and anugerah menghargai warga kolej. Tema pada kali ni ialah Black & Pink. Overall aku rasa okey la majlis kali ni,cuma agak buhsan sket. tatau la kenapa. Artis jemputan malam tuh pun cam agak buhsan jugak. * Faizal AF4*, pada pendapat aku malam permata 2008 agak lebih best sebab just tengok pada goodie bag je kite dah leh tau *ini hanya pendapat peribadi yer* . sebab aku rasa lagik grand kiteorang buat. tapi pape pun tahniah buat penggerak kerja serta ajk-ajk malam permata 2009 sebab dah bejaya manganjur kan makan malam nie. Aku tau penat lelah di belakang tabir macam mana ehe. Apa yang best lagik? best sebab aku dapat bekumpul semula ngan geng-geng pptb ehe. walaupun buhsan, tapi kite buat2 tak buhsan la kan korank :razz: tapi memang buhsan gaga :grin: .


PPTB's Lurve Bugs






♥ Mereka bukan lurve bugs,kekasih mereka jauh di perantauan :wink:





Then sebelom malam tuh, aku sempat gak g buat Fish Spa. ni 1st time aku buat fish spa nie, geli sampai ke ubun-ubun kepala la!! seyes. tapi dah lama-lama tak geli, tapi rasa seronok ehe. Lepas wat fish spa rasa bersih je kaki huhu.



ikan-ikan sedang dinner. Geli!


Antara kebaikan membuat fish spa ni ialah :




  • Menghindarkan sel-sel kulit mati,bakteria, dan melambatkan penuaan

  • Membantu dalam masalah sukar untuk tidur dan meningkatkan peredaran darah

  • Menyembuhkan beberapa jenis penyakit kaki : kulit sensitif

  • Merawat dan menjaga kulit supaya kelihatan lebih sihat dan berseri

  • ekologikal dan semulajadi


** Ni aku amik kat brochure yang kedai tuh bagi :wink:


Next entry :: Jiela's engagement

Saturday, 24 January 2009

• erm •

kenapa aku susah nak luahkan perasaan aku? aku bepura-pura ngan diri sendiri ke? :sad:

Friday, 23 January 2009

• SSM •

Semalam seawal jam 6.45am , aku dan as telah  begerak ke KTHO utk meng-pickup cik rose sabrina, utk sesama meredah jalan jem depan angsana utk pergi ke menara ansar sebelah kotaraya. kiteorang nak g ssm actually. apis pula time tuh tak dapat dikesan,jadi terpaksa tinggalkan die.SORRY APIS!! abg sharifuddin dah g sndrik ke menara ansar. so takyah g amik die. jom gerak~



SSM tuh ape ek?
SSM tuh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Ni tempat kalau korang nak daftarkan perniagaan korank samaada Entreprise ataupun Sdn. Bhd./ Berhad .
Kenapa kene pergi SSM?
Sebab ini adalah sebagai untuk fullfill the requirement untuk lulus dalam subjek IT Entreprenuership kiteorang. Kiteorang dah ditugaskan untuk pergi sendiri untuk mendapatkan experience bagaimana dan apa langkah-langkah yang perlu diambil jika hendak medaftarkan sesuatu perniagaan. Borang macam mana kena amik etc2.
Apa korang buat kat sana?
Kiteorang jalan-jalan posing2 amik gambar je. ishh takkan la kan.mesti la g sana g inteview orang. ape ke sengal la soklan. Aa kul 7.30am sampai di Menara Ansar, tunggu pintu pejabat SSM tuh bukak sehingga jam 8.15am, seb baik la datang awal kan. TAKDE ORANG!! haha kalau tak mesti lama nak beratur amik borang. Dikesempatan itu jugak, kami sempat menginteview ade satu akak yang jaga kaunter nak amik borang. Memacam kiteorang tanye. Dari entreprise sehinnga la Sdn. Bhd. Kalau entreprise, kite sebagai usahawan boleh daftarkan sendiri. Tapi kalau nak bukak company Sdn Bhd kite kene g hired satu setiausaha yang diiktiraf oleh pihak SSM utk membuat keje-keje sekreteriat. So pape kita just berhubung dengan secretary berbayar tuh je. Gile byk brochure dan buku panduan kiteorang dapat. *mesti sebab ade satu abg ni malas nak xplen byk2 kot, so kasik memende tuh: korank baca la sndrik"
Pastuh wat ape lagik?
Pastuh kiteorang pergi inteview plak secretary yang dicadangkan kalau nak bukak company Sdn.Bhd. memacam la akak tuh cite. berkenaan pemegang saham. modal ko kene brape smua-smua la, then kalau ceo ko foreigner macam mana plak etc2. Before kiteorang dapat bejumpa ngan akak ni. *sebelum office die bukak kul 9.30am* kiteorang berlegar-legar la kat menara ansar tuh. then tejumpa plak ade satu uncle nie. nama die Uncle Sam German. kenapa german? sebab dulu die penah duk German. kenapa aku nak cite pasal die? sebab aku rasa die sangat interesting. Die ni adalah seorang Kontraktor merangkap NGO gak la. Bukan kiteorang yang approach die tau. tapi die sndrik yang datang dan bebual ngan kiteorang sebelum opis tuh bukak. Die ni luaran memang nampak mude gile. dalam 40-an la kan.stylo.smart . tapi he's actually 60+ oke. mmg awet muda la angkel nie. Memacam yang die bualkan ngan kiteorang, daripada pengalaman die duduk di German, sampai la hal-hal isu semasa negara kita. Die nasihatkan kiteorang supaya selalu senyum dan ikhlas membuat sesuatu sebab segalanya bermula dari hati. Apa die cite lagik? alah malas mo tulis lah. ekek biarlah rahsia.tapi yang penting  anak die nie mesti cun,tapi takde kat msia.* yer takde la bekaitan sangat pun, tapi takpe la dah nak tulis* :razz: tapi best la dapat berbual ngan someone macam die, belajar dari pengalaman beliau bak kata abg lok: belajar dari pengalaman orang lain .

lepas menghabiskan masa selama 2-3 jam kat menara ansar, sambil lepak sebentar breakfast kat singgah selalu kotaraya.kiteorang pun gerak la balik. Tuh je la cite die. hahaah.pastuh on the way balik, singgah sebentar di angsana, saje nak inteview owner2 kedai plak sambil membazir duet. :lol: Dalam kul 1 pm camtuh kiterorang balik ke UTM smula. Ho yeah siap satu tugasan. tapi kene wat report la untuk dapat markah lebih.Pasni kene carik satu usahawan yang telah berjaya dengan anggaran pendapatan die 1 million setahun. korank ade sesapa yang nak dicadangkan? dalam area johor je la yer.jejauh leceh plak. mekaseh :smile:


p/s: gambar aku takleh upload la,sebab cable camera aku tuh dah rusak.lain kali yer.Tapi ni ade satu gambar. 10 pekara yang perlu utk berjaya.



Nanti aku explain apa maksud die. :eek: line aku sengal sket nie