Harini sepatutnye aku dah plan nak g tengok wayang, tapi aku tatau la bangun-bangun tadik malas sesangat nak bersiap-siap. Haizx. nak bangun pun malas nie. gile penyakit malas ni datang, nak makan pun malas hahhaa. tapi aku rasa nak g carik tosey .. kalau aku rajin nak kluar. Ok lah crita pasal topic.
Skang ni, semakin aku besar *dewasa* rasa semakin cepat masa tuh berlalu, ye la skang ni dah bulan februari. sekejap je kan, masa time skolah-skolah dulu terasa adoi lambat nye la nak weekend. skang ni sekejap gile plak rasa. Dan aku rasa macam baru minggu lepas aku start kuliah.tapi sebenarnye dah masuk minggu ke lima - keenam dah nie. Assignment pun dah makin bertimbun. Tak bleh nak tangguh-tangguh kerja, kalau tak memang sampai tahun depan la tak siap kan. ish dah makin dewasa la. huhu cam tak caya je seh.
"Ok aku tatau camne nak tulis,tapi aku nak tulis gak " Sepanjang waktu nak menuju ke usia ini, memacam perkara aku tempuhi, belajar dan nampak. samada untuk memperbaiki kelemahan diri aku ataupun untuk membuatkan aku lebih mengenali persekitaran aku dan menjadi lebih matang serta boleh berfikiran lebih jauh ,pengalaman dan pengajaran ni sangat la bermakna dan banyak membantu aku. Kawan-kawan pun datang dan pergi silih berganti sepanjang tahun yang dah berlalu nie,ada yang jahat ada yang baik. Masa time skolah rendah, kawan-kawan aku terdiri daripada chinese je smua, kawan melayu aku pun terdiri daripada kawan-kawan yang kat sekolah agama, tapi takde la serapat macam aku ngan kawan-kawan skolah rendah aku. Abis je skolah rendah, mereka pun turut hilang. aku rasa kalau aku jumpe balik kawan skolah rendah aku, mesti aku tak kenal dah amoi-amoi cun tuh hahah. Naik skolah menengah plak, ok dapat kawan baru. Ade group haha yang terdiri daripada 5 orang : aku, yvonne,vanessa,renuka and nadia . antara kelima-lima ni yang aku kekadang terjumpa kat cs ataupun lebih senang cakap, yang masih kenal dan ingat aku is vanessa. yang lain tuh aku tatau la kat mana, or memang da taknak kawan ke. vanessa plak jumpa pun time die cuti panjang, skang ni aku rasa die kat boston kot.renuka mebi dah dalam semester akhir untuk menjadi doctor. yvonne plak aku rasa kat unisel. nadiah plak dah abis blaja, dan masih dengan effie * ni smua aku tau melalui frendster* hahahaa aku takde la g contact derang. nak contact pun tatau. Ok aku jadik cam tak rapat ngan derang sebab masa form 4 aku g skola kat sekolah teknik. aa kat sini jumpa kawan lain plak.
♥ Renuka.nadia.afiqah.vanessa.yvonne.amy *gamba lama ni- time form 2* ♥
Kat teknik, kawan yang paling rapat ngan aku adalah mastura and intan. tapi aku kawan ngan smua orang actually, cuma kalau kuar tuh bertiga ni la, bawak lari intan fly drprd hostel, sebab aku and mastura outsiders * tak duk hostel*, melepak-lepak kat coffeebean cs. huhu tapi skang ni smua dah bz ngan hidup masing-masing. Intan ada kat uitm shah alam,die selalu la gak contact aku *kire ok la kan,tak lost contact*. mastura plak aku last dgr pasal die, die kat Uniten, then skang tatau la g mana. Yang lain-lain tuh , ada yang contact aku lagik, tapi thru friendster lah kan.
Pastuh masuk plak PKN. kat sini aku dah kenal plak ngan sara and azza. pengalaman masa PKN sangat lah best. bukan best sebab kene berlatih macam askar. tapi best sebab dapat habiskan masa bersama mereka. sebab kalau aku tak g PKN tuh aku tak kenal derang ni, dan kiteorang rapat sampai sekarang. Yang paling rapat skali, kire dah jadik macam adik aku. is azza. walaupun die ni cengeng. hot tempered. dan keras kepala.aku tetap sayang dia kite g jenjalan banyak tempat lagi ye pasnie. tapi die dah nak kawin. hopefully dah kawin nanti die tak lupa aku, congrats dear. huhuhu
♥Azza.Amy.Sara♥
Masuk universiti plak, kawan lain lagik jumpa. Masa kat utm kl, aku, nini and kak jieha. ok time ni best la 3 tahun bersama-sama. memacam kiteorang buat sesama. skang ni kak jieha dah kerja , die dah abis blaja aku rasa. And aku dan nini still lagik sambung blaja ni kat utm skudai. Kat skudai plak, geng aku dan nini berkembang menjadi 6 orang. iaitu as,fara,aina and jiedah temasuk aku ngan nini. Tuh yang ade group pptb . (aku ade cite ni kat entry lepas) . Disebabkan majoring berlainan, hari-hari aku banyak bersama ngan As, dan die pun banyak membantu aku dalam mengharungi hidup sebagai pelajar kat sini, Tq As :) .Tapi kalau dah grad nie, herm masing-masing membawa haluan sendiri, hopefully kita tak lost contact ok.
♥ Nini.Kak G-ha ♥
♥ Jiedah.Fara.Aina.Nini.As ♥
Kepada andika dan chihuahua, thanks sebab banyak mengajar aku erti kehidupan dan menjadi lebih matang membuat keputusan. and to husni , tq gak. kalau aku tak kenal chihuahua, aku tak kenal ko eheh. u've been such a good listener.
masa cepat betul berlalu, kejap je dah kul 5pm ni. phew.. dan aku lapar.
Ombak yang menjamah
kakiku sekali
takkan dapat
kukenali lagi.A. Samad Said
amy! membaca kisah mu ini.. membuatkan aku terigt kisah ku juga.. n
ReplyDeletei feel so old!! haha tak abis abis la mamat ni, dush2x baru tau.. haha :razz:
hahaah yeah lo..gettin old each day.walaupun baru 23 tapii pejam celik esok lusa dah 24.hahaha camtuh la kan.masa kekecik.sllau pikir bila la nak besar nie. huhuh
ReplyDeletehaha tuh la pasal, dulu time muda remaja, kuar jalan, naik lrt, tgk org dewasa gie keje, pk, aku nanti mcm mane la,haha, skang ni, dah btol btol keje.. :P
ReplyDeletehaha sungguh x tepat angkel sibiskos yg hampagas tu dijadikan kawan utk cakap psl kamera.. dia tau teori jer.. praktikal hancuss :lol:
ReplyDeletehaaha teori yang baik tuh laa membawa kepada praktikal yang mantap :razz:
ReplyDelete