Tuesday 27 January 2009

• Jiela's engagement day •

Yeah Jiela * my kazen * dah selamat bertunang , semoga bebahagia yer, rasa macam kejap je masa berlalu, skang kekazen aku smua dah kawen, dah tunang.ish kite bukan muda lagik ke? huhuh aku cam rasa kelakar je dah berumur 23 tahun.haiz . :oops:


Live from segamat, tarikh ni jatuh pada hari pertama raya cina, di malam malam sebelum 26th kami tidur ditemani dengan bunyik mercun yang bam bam boOm . uish cam rasa raya aidilfitri plak. seyes. hahaha langit warna warni walaupun dah jam 2am.



Aa semalam pun aku dapat jumpa kawan-kawan abg jijie, mereka adalah tukang amik gamba orang. aa jeles la seh tengok camera & ekseseri( aku tatau spell la)  dieorang, smalam je masa majlis tuh ada 2 pengguna canon, dan 5 pengguna nikon. termasuk la kazen aku ni. * apa smua gune nikon weh* hahahahaa tapi cam best la derang, gathered 2gether-gether blaja menembak gegamba. kalau la aku pun dapat peluang camtuh, best la seh. walaupun sekadar hobi je kan :eek: *teruja*


Ok la promote sikit. derang ni amik gambar untuk orang kawen, dengan nama Lensa Melayu


Kalau korang berminat or tengah cari photographer utk majlis perkahwinan korank leh check out webblog dieorang nie Kekatu . K aa aku da nak gerak balik Jb, tata tekkeh all.later ya.


*sedey tak dapat g melaka :sad: *

• Malam Permata 2009 : Fish Spa •

Selamat menyambut tahun baru cina kepada semua yang menyambut. Haish rasa macam dah lama je tak update ehe. kerajinan tuh tak datang singgah kat aku. skang ni baru la terasa nak mengupdate. Selama beberapa hari nie, agak banyak bende gak la belaku. tapi aku mcm da byk lupa ehe. yang aku ingat just makan malam kolej : Malam Permata' 09 dan majlis pertunangan cuzzin aku : Jiela & Epul.




♥ pptb in pink & black


Malam Permata'09 Koleh 9 & 10 telah diadakan di Dewan Sultan Iskandar UTM skudai. Ni sebenar majlis makan malam untuk memberi anugerah kepada pelajar-pelajar yang perform baik last semester and anugerah menghargai warga kolej. Tema pada kali ni ialah Black & Pink. Overall aku rasa okey la majlis kali ni,cuma agak buhsan sket. tatau la kenapa. Artis jemputan malam tuh pun cam agak buhsan jugak. * Faizal AF4*, pada pendapat aku malam permata 2008 agak lebih best sebab just tengok pada goodie bag je kite dah leh tau *ini hanya pendapat peribadi yer* . sebab aku rasa lagik grand kiteorang buat. tapi pape pun tahniah buat penggerak kerja serta ajk-ajk malam permata 2009 sebab dah bejaya manganjur kan makan malam nie. Aku tau penat lelah di belakang tabir macam mana ehe. Apa yang best lagik? best sebab aku dapat bekumpul semula ngan geng-geng pptb ehe. walaupun buhsan, tapi kite buat2 tak buhsan la kan korank :razz: tapi memang buhsan gaga :grin: .


PPTB's Lurve Bugs






♥ Mereka bukan lurve bugs,kekasih mereka jauh di perantauan :wink:





Then sebelom malam tuh, aku sempat gak g buat Fish Spa. ni 1st time aku buat fish spa nie, geli sampai ke ubun-ubun kepala la!! seyes. tapi dah lama-lama tak geli, tapi rasa seronok ehe. Lepas wat fish spa rasa bersih je kaki huhu.



ikan-ikan sedang dinner. Geli!


Antara kebaikan membuat fish spa ni ialah :




  • Menghindarkan sel-sel kulit mati,bakteria, dan melambatkan penuaan

  • Membantu dalam masalah sukar untuk tidur dan meningkatkan peredaran darah

  • Menyembuhkan beberapa jenis penyakit kaki : kulit sensitif

  • Merawat dan menjaga kulit supaya kelihatan lebih sihat dan berseri

  • ekologikal dan semulajadi


** Ni aku amik kat brochure yang kedai tuh bagi :wink:


Next entry :: Jiela's engagement

Saturday 24 January 2009

• erm •

kenapa aku susah nak luahkan perasaan aku? aku bepura-pura ngan diri sendiri ke? :sad:

Friday 23 January 2009

• SSM •

Semalam seawal jam 6.45am , aku dan as telah  begerak ke KTHO utk meng-pickup cik rose sabrina, utk sesama meredah jalan jem depan angsana utk pergi ke menara ansar sebelah kotaraya. kiteorang nak g ssm actually. apis pula time tuh tak dapat dikesan,jadi terpaksa tinggalkan die.SORRY APIS!! abg sharifuddin dah g sndrik ke menara ansar. so takyah g amik die. jom gerak~



SSM tuh ape ek?
SSM tuh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Ni tempat kalau korang nak daftarkan perniagaan korank samaada Entreprise ataupun Sdn. Bhd./ Berhad .
Kenapa kene pergi SSM?
Sebab ini adalah sebagai untuk fullfill the requirement untuk lulus dalam subjek IT Entreprenuership kiteorang. Kiteorang dah ditugaskan untuk pergi sendiri untuk mendapatkan experience bagaimana dan apa langkah-langkah yang perlu diambil jika hendak medaftarkan sesuatu perniagaan. Borang macam mana kena amik etc2.
Apa korang buat kat sana?
Kiteorang jalan-jalan posing2 amik gambar je. ishh takkan la kan.mesti la g sana g inteview orang. ape ke sengal la soklan. Aa kul 7.30am sampai di Menara Ansar, tunggu pintu pejabat SSM tuh bukak sehingga jam 8.15am, seb baik la datang awal kan. TAKDE ORANG!! haha kalau tak mesti lama nak beratur amik borang. Dikesempatan itu jugak, kami sempat menginteview ade satu akak yang jaga kaunter nak amik borang. Memacam kiteorang tanye. Dari entreprise sehinnga la Sdn. Bhd. Kalau entreprise, kite sebagai usahawan boleh daftarkan sendiri. Tapi kalau nak bukak company Sdn Bhd kite kene g hired satu setiausaha yang diiktiraf oleh pihak SSM utk membuat keje-keje sekreteriat. So pape kita just berhubung dengan secretary berbayar tuh je. Gile byk brochure dan buku panduan kiteorang dapat. *mesti sebab ade satu abg ni malas nak xplen byk2 kot, so kasik memende tuh: korank baca la sndrik"
Pastuh wat ape lagik?
Pastuh kiteorang pergi inteview plak secretary yang dicadangkan kalau nak bukak company Sdn.Bhd. memacam la akak tuh cite. berkenaan pemegang saham. modal ko kene brape smua-smua la, then kalau ceo ko foreigner macam mana plak etc2. Before kiteorang dapat bejumpa ngan akak ni. *sebelum office die bukak kul 9.30am* kiteorang berlegar-legar la kat menara ansar tuh. then tejumpa plak ade satu uncle nie. nama die Uncle Sam German. kenapa german? sebab dulu die penah duk German. kenapa aku nak cite pasal die? sebab aku rasa die sangat interesting. Die ni adalah seorang Kontraktor merangkap NGO gak la. Bukan kiteorang yang approach die tau. tapi die sndrik yang datang dan bebual ngan kiteorang sebelum opis tuh bukak. Die ni luaran memang nampak mude gile. dalam 40-an la kan.stylo.smart . tapi he's actually 60+ oke. mmg awet muda la angkel nie. Memacam yang die bualkan ngan kiteorang, daripada pengalaman die duduk di German, sampai la hal-hal isu semasa negara kita. Die nasihatkan kiteorang supaya selalu senyum dan ikhlas membuat sesuatu sebab segalanya bermula dari hati. Apa die cite lagik? alah malas mo tulis lah. ekek biarlah rahsia.tapi yang penting  anak die nie mesti cun,tapi takde kat msia.* yer takde la bekaitan sangat pun, tapi takpe la dah nak tulis* :razz: tapi best la dapat berbual ngan someone macam die, belajar dari pengalaman beliau bak kata abg lok: belajar dari pengalaman orang lain .

lepas menghabiskan masa selama 2-3 jam kat menara ansar, sambil lepak sebentar breakfast kat singgah selalu kotaraya.kiteorang pun gerak la balik. Tuh je la cite die. hahaah.pastuh on the way balik, singgah sebentar di angsana, saje nak inteview owner2 kedai plak sambil membazir duet. :lol: Dalam kul 1 pm camtuh kiterorang balik ke UTM smula. Ho yeah siap satu tugasan. tapi kene wat report la untuk dapat markah lebih.Pasni kene carik satu usahawan yang telah berjaya dengan anggaran pendapatan die 1 million setahun. korank ade sesapa yang nak dicadangkan? dalam area johor je la yer.jejauh leceh plak. mekaseh :smile:


p/s: gambar aku takleh upload la,sebab cable camera aku tuh dah rusak.lain kali yer.Tapi ni ade satu gambar. 10 pekara yang perlu utk berjaya.



Nanti aku explain apa maksud die. :eek: line aku sengal sket nie







Wednesday 21 January 2009

• Capital IT •


okeh seharian aku buat mende ni. bussiness card utk assignment ITE , nak kene hantar hari khamis. ok cerita pasal nak buat name card nie. Selepas aku dah siap mendesign smua,dah susun2 cantik-cantik nak print, aku pun ngan semangatnye g la kedai printing kat taman universiti.bedesup aku bawak kete, sebab tak saba nak ngk hasil nye kan.Tapi malangnye,sesampai saje di kedai tuh.aku cam sedey gile  :cry: sbb akak tuh kata tak bley print sikit-sikit,maksudnye kalau nak print name card ni,memang kene ikut package die. 100 keping satu box. masalahanye group aku ada 5 orang, so kiteorang tak perlukan sampai 100 keping name card kan, so satu box name card tuh bahagikan 5 , sorang patut dapat 20 keping. pikir-pikir jap....


Akhirnya,akak tuh bagik cadangan.die kata:  kalau adik g susun dulu depan blkg die, sama smua.masuk kan kat dlm .ai akak leh tlg printkan,tapi adik kene potong sndrik la name card tuh. haiz..penat tau nak potong sndrik name card.pakai pisau buat manually.tujuan aku g kedai sebab nak potong name cars gune machine.senang mudah cepat dan kemas. tapi nak wat camne, da mmg tak leh.so aku pun tepaksa la balik hostel smua utk susun balik name card tuh. siap2 5 nama. pastuh patah balik g kedai tuh. PENAT WEI!! haiz..


Dah kat kedai tuh. dah siap print smua. ade la dlm setengah jam gak aku diri nak potong name card tuh MANUALLY ok. susah woo.kalau salah align die.dah larik depan blkg, dah tak chantek. aku pun potong laa art card tuh satu persatu dgn sabarnye... dah la seharian lom makan lagik ehe. tetibe cam sedey plak hahaha. tapi berkat kesabaran aku, *poyo skeT* aku pun bejaya menyiapkan 100 keping kad nama dengan 5 nama berlainan ekeke.dah siap bayar2 smua. *mahal la weh print A3 gune art card!! masa aku keje dulu murah je akak tuh kire kat aku haiz nasib2.* aku pun balik la ke bilik ku tersayang.


sampai kat bilik, aku terus start wat button badges plak..ni takde la susah sgt,tapi bengang gak sebab memula asyik telekat je besi die kat mould tuh.cis cake tol.memang nak uji kesabaran aku je. tapi alhamdulillah siap gak ehe. ok la korang ni hasilnya yer.dah siap masuk plastik.



Kepada ahli group aku, maap la kalau tak kemas ke apa.aku da cuba yang terbaik.tapi akak kedai tuh tak kasik aku potong name card gune machine. harap korank paham yer. jgn lupe bayar duet aku!! nak mintak face 2 face segan la nanti.wakakakaakkaka

Tuesday 20 January 2009

• metro •

cak! aa arini seharian aku kuar, ade satu kelas je arini.kul 9-11, so pas class teman as jap g HEP. tanye pasal JPA die.then before g hep tuh smua, aku g jumpa abg yus. ohoo sebab nak g amik sandwich kat faculty awam ekek.oho best woo sandwich tuh nyum2. rezeki2 dapat breakfast haha.


dah setel smua urusan kat hep, aku ajak as pegik ke plaza pelangi. * aku ni memang suke hasut kawan aku g jalan-jalan* dengan alasan nak g cuci rambut. haha as pun ok je sebab nak g gunteng rambut skalik. so pegik la kami membuang masa kat sana. cite pasal gunteng rambut nie, aku mmg ske satu saloon nie la. die kat plaza pelangi. die bukan la saloon sgt, tapi die macam hair studio academy ke apa camtuh la. kire ade dak2 g blaja pasal gegunteng rambut ni la. mcam university gak la tapi utk memende bekaitan rambut. nama tempat ni ELLE studio academy. kat sini kire ade 2 kategori, satu professional cut and kedua student cut. kalau pro cut tuh mahal la kan, tapi kalau student cut ni murah la weh. memang berbaloi la nie , sebab die memain rambut ko tuh memang la lama. kalau die cuci tuh, dekat nak sejam gak la die amik masa. mmg shok la kan org belai2 rambut ko. tapi walaupun student, takde la die letak student yang baru blaja sehari, ni yang dah nak grad nye student la die letak. best2 korank sesapa yang kat jb nak g gunteng rambut, murah, dan berkualiti. aa sila la pegik ke plaza pelangi johor bahru, academy ni kat tingkat 4. sebelah ngan metrojaya. lepas dekat nak 3 jam berada kat saloon tuh, kiteorg g la jenjalan.menghabiskan duet ahaha.


pastuh singgah plak kat danga city mall, carik barang sket, then otw balik singgah plak angsana. utk makan je hahaha takde keje nie :razz: penat la weh. kuar bilik dr kul 9am sampai la ke 7pm ehe.balik mandi2 siap smua.tedo tak hingat dunia. tapi malangnye baru tedo 2 jam lebey da tejaga. sayang betol la tedo aku nie ishhhh..takpe jap g aku cover balik oke. aa later * wangi nye rambut aku..tedo pelok rambut aa hahaahaha * maap la gile sket :sad:

Monday 19 January 2009

• Song For GAZA •

Jom dengar lagu ni sambil menderma kepada mereka yang sedang bergelut untuk terus hidup di sana.



WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Utk Download lagu ni kat sini yer We Will Not Go Down

Sunday 18 January 2009

• happy •

Hari ni, aku ngan pptb's members kecuali farah, telah dapat meluangkan masa sehari, selepas satu semester tak dapat jalan sesama seperti sem-sem lepas. Sejak kiteorang dah lain-lain majoring nie, just terserempak kat luar class@parking lot ehe.tapi walaupun jarang jumpa, hubungan kami ber-enam tetap rapat dah mesra seperti dulu. Aku start kenal mereka ni smua time kat diploma @ utm kl (tahun 2004) so kire dah dekat 5 tahun jugak la kiteorang kenal. Tapi masa kat utm kl, takde la rapat sampai camnie skalik,skang nie siap dah ade group dah hahaha. PPTB yang dianggotai oleh aku-amy, nini, as, aina, fara dan jiedah . apa tuh PPTB ? Biarlah ia menjadi rahsia kami ber-enam. :razz: korang bleh je teka pape ekeke.



♥Nini,Aina,As,Jiedah♥



Okeh back 2 da story,  ari ni da g jenjalan kat tebrau city * without cik farah- die balik kl dis weekend, malang sekali huhuh * , seawal jam 10am gerak g tebrau city, reason sebab takut ramai orang nak belik tiket at cinema. Memula kiteorang plan nak ngk cite ink heart, tapi dem gile tak kuar gi, 22nd Jan baru kuar. dah tatau nak ngk cite pe, kiteorang sebulat sore ngk cite MAUT. camne cite nie? herm korang g la tengok sendiri yer. aku malas la nak tulis review die ekeke :roll: Before masuk cinema, kiteorang lepak dulu makan kat pizza hut. gile awal masuk pizza hut weh. tapi bukan customer pertama la kan ekek,kalau tak aku rasa mesti la kompem dapat adiah! takpun pizza free ke kan. abish makan je, terus g tgk muvee la kan.



Lepas tgk wayang, dan dgn aksi muke tekejut2 sebab ade babak die tunjuk azab yang akan diterima kat "neraka" , * insaf weh !! seyes * kiteorang pun g la jenjalan.shopping2 sikit. aku yang memula cam takmo belik pape, tapi da temasuk dorothy perkins. terbeli plak barang kat dalam tuh. aku tak sengaja weh seyes. kengkawan aku plak smua cam bakar2 lagik menguatkan lagik nafsu tak sengaja aku nak belik tuh. ter la katakan kan. so kire cam tak besalah je la ter-spend duet hahaha. then jalan lagik. masuk toys " R " us kat dalam nie ,kiteorang wat cam umah sndrik plak. haha nak kuarkan camera takut kene marah.then gune je la camera hp. snap2 berangan2 bermain2 kembali ke zaman kekanak smula. sengal hahahaha. Then kat dalam tuh pun aku terbeli bunga ros tuh.haha cun kan? takde orang kasik aku. so aku beli kan la utk diri aku sendiri. sadis gile la weh! :neutral: hahhaa.  Pastuh kiteorang pun sempat gak tengok persembahan tarian & acrobatic daripada Beijing sempena Tahun Baru Cina yang akan datang tak lama lagik nie.tere gile la weh derang lipat badan! kagum!! :eek: dah buang masa sampai kul 4pm kat sana. kiteorang gerak g danga bay plak. Kat sana amik2 gamba la kan.of coz hahaha seb baik la kawan2 aku ni smua pun jenis ske gamba mereka diambil :lol: .dah puas, aku balik UTM anta kawan2 aku .





♥ Ni da masuk dlm wishlist beday aku : Mr mindbreaker -jatuh chenta dengannya♥







♥ Bunga rose pink toys "R" us n mini lolipop utk mereka smua ♥



Di UTM plak kiteorang singgah g Balai Cerap. Aku ngan ade beberapa orang kawan aku tak penah lagik pegi kat sini. Tapi seyesly memang cun la pemandangan die kan.Nampak satu UTM ehe. dah lelepak jap sini, aku pun anta derang balik.


Tapi aku kuar balik pastuh sebab da janji ngan angkel piah mo dinner makan ikan bakar sesama. So aku pun patah balik g bandar. Kiteorang lepak kat Tepian Tebrau, ni area kat sungai chat sana la kan.makan ikanbakar. bEst wooo nyum2. kiteorang oder pari bakar (ni angkel piah punye sorang) sotong bakar, n ikan kembung bakar. meratah je la keje. nyum2 memang manis hingga terbawa ke mimpi *hopefully* hahahaha .



Kul 9 lebey camtuh baru aku sampai hostel balik.aa penat ehe.Tapi memang best la hari ni. ehe. Terima kasih to nini,as,aina and jiedah sebab sudi luangkan masa g hang out ngan aku, n bagi komen pasal bebende yang aku ter-beli tuh yer.nanty kite hang out lagik.jangan lupe dtg bilik aku bawak hdd, amik gegamba kite ni yer.n thx to angkel piah also.len kali kite g senibong plak aa makan sana hahaah nyum2. tedo ngan senyuman nie :p *tak siap esemen aku*

Thursday 15 January 2009

• FPS game •

aaaaa sakit jiwa lah buat game nie. dah la aku tatau pape. mana la aku amik subjek game semester lepas. kalau ade amik takpe la gak kan.phEww..ok la aku wat ala kadar je la. jap g class kul 8am, skang da kul 3.06am. aku buat asyik tak jadik je. cam game kekanak skolah tadika je aku buat. *ye salah aku gak wat keje last minute* hahahah sengal nie



Ni org jahat dalam game aku. dah mati dah


Tapi lepas aku dah compile smua, baru aku pasan, orang jahat aku sebenarnye rescuer. Sengal la salah letak enemy plak. hahaha ok tambah sejam la nak tuka orang. senget :roll:


Apa nama game yang sesuai utk game aku nie :idea: ? haha kalau aku rajen aku upgrade la jadik elok sket game nie.


• penat •



:: Gambar kat atas ni aku amik tahun lepas, time tuh nak hantar assignment foto aku::



The future belongs to those who
believes in the beauty of  their dreams.
- Eleanor Roosevelt -

penat rasa bile dah start sem nie. expectation para lecturer sangat la tinggi kat kiteorang nie, seb baik la psm2 tak amik sem nie.kalau tak sesak nafas gak nie.  byk bende aku nak update. tapi, ish tak sempat rasanya.aku nak update pasal mengundi sempena pemilihan mpp UTM sesi 08/09, ade gak gegambar aku amik. perang posters ehe. tapi nanti lah aku upload gegambar tuh yer. Dan aku nanti akan membuat badges sempena valentine's day, so kepada penghuni-penghuni kolej di UTM skudai, check it out yer. nanti aku upkan flyers die.Kalau kerajinan tuh datang :razz: tapi ni aku nak buat bebetul nie ehe.


Tadi plak time jenjalan kat jusco tmn u, terserempak ngan dak kelab foto aku sem lepas, die mntak aku tolong "conteng" kan kasut die. hErm korang rasa patut ke aku charge die? baper ekh mau charge? Then, azza pun dah nak kawen nie, tapi kad kawen die aku tak design lagik. plus abg ayie punyer pun. :!: mati la seoT..takpe2 weekend ni aku janji aku buat yer. yang d best aku kasik korank :wink: aaa cepat laa weekend..tak sabar ni nak tedo. hahaha :???: kero-kero mata aku.